Motosikal

DUCATI 1299 PANIGALE R FINAL EDITION – RM172,000 SEUNIT (DI AMERIKA)

Ducati akhirnya memperkenalkan edisi terakhir superbike Ducati 1299 Panigale yang diberi nama Ducati 1299 Panigale R Final Edition. 

Jentera tersebut dilapor berkongsi komponen enjin dengan model Ducati 1299 Superleggera. Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa mencecah 209hp, setanding dengan Superleggera.

Enjin Superquadro motor berkembar V-Twin itu tampil dengan crankshaft lebih ringan. Manakala con-rod dan injap kemasukan/eksxos kini diperbuat daripada titanium. Ekzos pula dibekalkan oleh Akrapovic yang mengambil gaya ekzos  Panigale R pada perlumbaan WorldSBK.

Biarpun begitu, 1299 Panigale R Final Edition (FE) tidaklah seringan Superleggera. Ia masih  menggunakan material konvensional dalam pembinaannya dan bukannya gentian karbon.  Dengan berat 190kg, FE hanya kurang 450 gram berbanding 1299 Panigale S dan 6.8kg lebih berat daripada Ducati Panigale R yang menggunakan enjin 1199.

Motosikal berorientasikan perlumbaan yang boleh digunakan di jalan raya biasa itu dipasang dengan enjin piawaian Euro4 dan suspensi Öhlins bagi kegunaan di litar.

Dari segi elektronik, FE dilengkapi ciri seperti Bosch Inertial Measurement Unit (IMU), ABS Cornering, Ducati Wheelie Control EVO (DWC EVO), Ducati Traction Control EVO (DTC EVO) dan Engine Brake Control (EBC).

Semua sistem ini ditala berdasarkan kepada mode tunggangan yang dipilih sama ada Race, Sport dan Wet. Penunggang juga boleh membuat talaan sendiri berdasarkan kepada kecenderungan atau corak tunggangan masing-masing.

Ditawarkan pada harga AS$40,000 (RM172,000) di Amerika Syarikat, FE dilengkapi livery tricolore yang memang menyerlah. Ia dilihat sebagai penampilan istimewa untuk peminat WSBK di pusingan Laguna Seca World Superbike. Ini kerana pelumba Chaz Davies dan Marco Melandri akan memakai livery sama pada jentera lumba mereka.

Ducati menyatakan bahawa FE sebagai jentera yang diberikan nombor dan bukanya edisi terhad. Maksudnya, setiap model akan diberi nombor produksi khas yang diukir pada tengah hendal.

BACA: DUCATI PANIGALE CAFE RACER ‘SI JERUNG BIRU’

Pengelar motosikal premium Itali itu juga tidak menghadkan berapa banyak unit yang akan dihasilkan. Jadi, selagi ada permintaan, Ducati akan terus menghasilkannya untuk pelanggan.

GALERI

Google ads
Back to top button