Motosikal

DUCATI MALAYSIA LANCAR KEMPEN SERVIS ‘RED REVIVE’ UNTUK MOTOSIKAL TAMAT WARANTI

Ducati Malaysia telah melancarkan kempen khas bagi pemilik motosikal Ducati yang telah tamat waranti. 

Kempen Ducati Malaysia Red Revive ini membolehkan pemilik motosikal Ducati yang telah tamat waranti untuk mengembalikan jentera mereka kembali berada dalam keadaan terbaik. 

Menurut Ducati Malaysia, kempen ini akan berjalan sehingga hujung tahun dan pelanggan akan menerima layanan terbaik dari juruteknik terlatih oleh Ducati Motor Thailand termasuk Desmo Master Tech. 

Turut termaktub dalam kempen ini adalah pemeriksaan motosikal secara menyeluruh termasuk report terperinci mengenai kondisi semasa motosikal. 

Selain itu, Ducati turut menawrakan diskaun sehingga 30 peratus, kadar upah serendah RM90 setiap jam dan laporan pemeriksaan motosikal sah untuk 30 hari. 

Bagi yang berminat, boleh kunjungi pusat pameran rasmi Ducati Kuala Lumpur, Ducati Petaling Jaya, Ducati Sg Buloh serta akan datang Ducati Pulau Pinang dan Johor.

Google ads
Back to top button