Motosikal

DUCATI STREETFIGHTER V4 BOLEH DIMILIKI PADA HARGA RM115,900

Model terbaharu Ducati Streetfighter V4 dan Streetfighter V4 S sudah boleh dibeli di pasaran Malaysia.

Ducati Streetfighter V4 yang dibawa masuk Next Bike Sdn. Bhd. boleh dimiliki pada harga RM115,900 manakala versi lebih power Streetfighter V4 S ialah RM145,900.

Jentera terbaharu ini sebenarnya merupakan Panigale V4 yang ditanggalkan fairing dan didatangkan handlebar lebih tinggi serta lebar.

Streetfighter V4 mendapat sentuhan lampu utama LED penuh menyerlahkan lagi sisi agresif jentera ini malah mengingatkan kepada watak komik Joker.

Ia turut dilengkapi lampu DRL berbentuk V yang didatangkan pada model Panigale V4.

Rekaan lampu utama yang kompak itu digabungkan bersama rekaan fairing berkembar pada kotak udara dan penyejukan aliran LED.

Selain itu, bahagian deflektor belakang mengalihkan aliran udara daripada menyentuh tangki secara terus.

Jentera elegan dan agresif ini hadir dengan pelindung hadapan yang menyembunyikan pendawaian diperlukan pada paparan TFT.

Bagi pengendalian dan cengkaman lebih mantap, pemasangan pakej elektronik generasi baharu turut dipasang berdasarkan unit pengiraan inertia enam paksi (6D IMU) yang mampu mengesan sudut roll, yaw dan pitch.

Model lebih berkuasa Streetfighter V4 S pula dilengkapi rim Marchesini dan sistem suspensi elektrik boleh laras Ohlins (fork hadapan NIX30 43 mm dan monoshock TTX36).

Generasi kedua sistem Ohlins Smart EC 2.0 itu membenarkan antaramuka mesra pengguna malah meningkatkan keupayaan sistem IMU 6D.

Jentera memiliki berat 178 kg ini mendapat khidmat enjin Desmosedici 1,100 cc yang mampu menjana kuasa mencecah 208 hp pada 12,500 rpm dan tork 122.6 Nm.

Google ads
Back to top button