Buletin

FERRARI KOLABORASI DENGAN VELAS NETWORK. BIKIN KANDUNGAN DIGITAL UNTUK PEMINAT F1

Ferrari telah menandatangani perjanjian dengan firma teknologi Switzerland, Velas Network dalam membangunkan kandungan digital kepada para peminat.

Bermula pada tahun hadapan, pembekal dan perkhidmatan digital itu akan menjadi rakan kongsi pasukan perlumbaan Formula Satu (F1) Ferrari.

“Selain itu, Velas akan menjadi penaja utama Ferrari Esports Series dan pasukan Esports yang akan bertanding dalam F1 Esports Series,” menurut kenyataan Ferrari.

Velas merupakan penyedia utama blockchain dan non-fungible tokens (NFT), asset kripto yang disimpan pada blockchain yang mempunyai kod pengenalan menjadikannya unik serta mendapat populariti sebagai kaedah menjual seni digital. – europeautonews

Google ads
Back to top button