Artikel Pilihan

SEBELUM ERA GEELY, PROTON PERNAH KE CHINA. INI KERETA PROTON SEBENAR, LIANHUA L3

Ini ialah Proton Lianhua, atau lebih tepatnya Lianhua L3, sebuah sedan kecil untuk pasaran China yang dilancarkan pada tahun 2009. Kereta ini diedarkan di bawah syarikat Youngman-Lotus yang merupakan syarikat kerjasama Youngman Automobile dan Lotus.

Lianhua ialah sebuah Proton Persona model generasi pertama dan merupakan percubaan Proton untuk meneroka pasaran China yang sedang berkembang ketika itu.

Waktu itu juga, Lotus dimiliki sepenuhnya oleh Proton dan seperti yang anda tahu, untuk mana-mana syarikat automotif yang ingin menjual kereta mereka di China, mereka perlu ada syarikat tempatan, maka Youngman-Lotus diwujudkan.

Youngman juga merupakan syarikat yang mengedarkan kereta-kereta Lotus di China. Syarikat ini kemudiannya bersetuju menggunakan nama Lianhua yang mana memperkenalkan Gen2 dan Persona yang dikenali sebagai Lianhua L3 dan Lianhua L3 hatchback.

Masih boleh nampak, logo Proton pada cerminnya.

Sama seperti spesifikasi di Malaysia, ia dilengkapi enjin Petrol 1.6 Campro yang menghasilkan 111 hp and 148 Nm tork. Ia ditawarkan dengan transmisi manual lima kelajuan dan empat kelajuan automatik.

Di China, ia merupakan pesaing terus model kereta sedan paling laris di China Volkswagen Jetta.

Apa yang lebih menarik ialah, Lotus tidak membenarkan nama Inggeris Lotus digunakan terus pada kereta ini. Namun Youngman tetap menggunakannya untuk tujuan pemasaran di mana tagline Engineered by Lotus, dipadankan dengan font Lotus menggunakan font korporat Lotus sebenar. Ah. China, dia peduli apa.

Walau bagaimanapun, pasaran kereta ini sangat sendu. Tak pasti berapa unit yang dijual sepanjang di China tapi memang tak laku lah senang cakap. Ia ternyata tak dapat bersaing dalam segmen ini dan kerjasama ini dihentikan pada 2012.

Perjanjian pemasaran dengan Lotus juga dibatalkan tapi apa yang menarik, Youngman masih mengeluarkan model L3 dan L5 dengan teknologi mereka sendiri. Apabila Lotus sudah tidak lagi bersama, mereka terpaksa mencari nama baru. Cuba teka nama apa?

LUTISE (路特斯)

Itulah, kisah Proton di China. Hari ini, Proton bekerjasama dengan Geely. Tidak jelas samada mereka akan masuk semula ke pasaran China, namun berdasarkan lawatan Tun M pada tahun lepas, khabarnya Proton akan kembali ke China semula.

KREDIT: COOLCARSINCHINA.COM

BACA: GEELY JIAJI (EXORA) DILANCARKAN DICHINA

GALERI

Google ads
Back to top button