Motosikal

HLYM LANCAR YAMAHA MT-09 TRACER CKD – RM52K! 

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini mengumumkan ketibaan model pemasangan tempatan (CKD) terbaharunya, Yamaha MT-09 TRACER. 

Pengenalan Yamaha MT-09 TRACER menjadi model ketiga dalam rangkaian MT dan disifatkan sebagai model utama HLYM. Ia juga merupakan model CKD berkuasa tinggi yang keempat dipasang di kilang HLYM di Sungai Buloh, Selangor selepas siri XJ6, MT07 dan MT09.

Jentera touring itu dikuasakan oleh enjin tiga silinder empat lejang dengan sistem pancitan bahan api.Dengan hanya seberat 190kg (berat kering) dan dijana oleh enjin bersesaran 847cc berkuasa tork yang tinggi, jentera ini memang menjanjikan tunggangan mengujakan.

Antara sistem penting yang dijadikan sebagai ciri standard pada  Yamaha MT-09 TRACER ialah Traction Control System (TCS) dan brek anti kunci, ABS.

BACA: YAMAHA 125ZR MOVISTAR – INI BETUL-BETUL EDISI TERHAD, DENGAN NOMBOR SIRI DAN SIJIL

Anda kini sudah boleh mendapatkannya pada harga RM52,000 seunit (termasuk GST, tanpa cukai jalan, insurans dan nombor plat). Yamaha MT-09 TRACER akan berada di pengedar sah Yamaha yang terpilih mulai minggu depan.

Dua warna ditawarkan iaitu biru dan kelabu matt. Hah, tunggu apa lagi?

Google ads
Back to top button