Motosikal

HONDA SUPER CUB EDISI 100 JUTA UNIT – INI BARU OTAI

Honda dijangka akan menggunakan Tokyo Motor Show 2017 sebagai platform untuk memperkenalkan Super Cub Honda edisi khas sebagai memperingati pengeluaran 100 juta unit motosikal tersebut.

Apa yang telah diketahui ialah Honda akan menghasilkan dua model khusus untuk tujuan tersebut sepertimana tekaan yang dibuat oleh majalah Young Machine di Jepun. Ia merupakan model yang dinamakan Honda Cub 50 dan Honda Cross Cub 110.

Berdasarkan gambaran yang diberi, ia merupakan model dengan rekaan klasik tetapi diberi suntikan moden contohnya penggunaan lampu-lampu LED. Sebagai sebuah rekaan klasik rasanya ia tidak akan lengkap tanpa diberikan kemasan krom pada bahagian luaran untuk menaikkan serinya.

Varian Honda Cub 50 menampilkan efek retro mewah yang jelas pada pilihan warnanya dan kemasan kulit pada tempat duduknya. Bagaimanapun berdasarkan gambar-gambar ini ia cuma ditawarkan dengan satutempat duduk sahaja.

BACA: HONDA Z50 MONKEY INLINE-FOUR – INI BUKAN SEBARANG MONYET TAU

Ini berbeza dengan Honda Cross Cub 110 dengan dua pilihan tempat duduk dan bentuk badan yang lebih ramping. Bahagian lampu utama LED telah ditambah dengan pelindung yang rasanya lebih banyk berfungsi sebagai aksesori.

 

Cross Cub 110 juga dikenakan dengan warna hitam pada bahagian luarannya agar kelihatan lebih rugged dan tahan lasak. Ia berlanjutan sehinggalah ke bahagian rim, ekzos, enjin dan sebagainya.

Enjinnya dikatakan menggunakan sejukan udara selinder tunggal. Perincian lain belum dikeluarkan sehingga kini. Kena tunggu berlangsungnya Tokyo Motor Show 2017 terlebih dahulu.

Kredit Young Magazine

Google ads
Back to top button