
HONDA TRANSFORM N-VAN JADI KAFE BERGERAK. DEBUT DI TOKYO AUTO SALON 2021
Dalam berdepan pandemik Covid-19, mungkin idea diketengahkan Honda dalam mengubah suai jentera N-Van menjadi sebuah ‘kafé kopi’ bergerak sesuatu yang baik terutama bagi mereka yang ingin menceburi bidang food trak.
Panel kafé kopi dinamakan sebagai 3 rd Place Van itu akan didedahkan pada Tokyo Auto Salon 2021 yang akan berlangsung pada 15 Januari ini secara alam maya.
Ia dibangunkan berdasarkan N-Van menggunakan bahan besi tahan karat.
Selain itu, van berkenaan turut dilengkapi awning berwarna merah dan putih malah terdapat papan menu untuk tatapan para pelanggan.
Elemen unik yang lain di model konsep itu termasuk rim berwarna hitam, tiga lampu amber di bahagian cermin hadapan dan rak di bahagian atas bumbung.
Kesemua ciri-ciri tersebut menyerlahkan lagi konsep kafe bergerak yang cuba diketengahkan oleh Honda.
Jentera comel tersebut merupakan model konsep yang diusulkan sebagai kafe treler menggabungkan keperluan perniagaan dan bercuti. – agensi
- BACA: HONDA KEKAL NO. 1 DALAM SEGMEN BUKAN NASIONAL 6 TAHUN BERTURUT-TURUT. CATAT JUALAN 60,469 UNIT, CITY PALING LARIS
- BACA: TAK LAKU!!!HONDA HENTI EDAR KENDERAAN BAHARU DI RUSIA
- BACA: HONDA HASILKAN TOPENG KERETA KURUMASK. BOLEH HAPUSKAN VIRUS DALAM MASA 15 MINIT
- BACA: CUB PRIX 2020. HONDA RS150 TAPAU YSUKU IKAT TEPI