Motosikal

INIKAH HONDA CBR250RR YANG BARU?

Gambar yang anda tengok ini berkemungkinan besar imej pertama sportbike bersesaran 250cc daripada Honda.

Honda-CBR250RR-Light-Weight-Concept-mekanika (3)

Bakal dikenali sebagai Honda CBR250RR, jentera ini melakukan debut menerusi konsep Honda “Light Weight Super Sports”. Ia didakwa telah mendapat kelulusan untuk diproduksi.

Lakaran paten menunjukkan lampu utama jenis LED akan digunakan. Ramai juga menjangkakan model sport dengan enjin dua silinder ini akan menjadi pesaing kepada jentera Kawasaki, KTM dan Yamaha yang sudah sedia ada dalam segmen tersebut.

Honda-CBR250RR-Light-Weight-Concept-mekanika (1)

Enjin yang dipasang pada Honda CBR250RR dikatakan dapat menghasilkan kuasa sehingga 35hp @ 14,000rpm. Gayaan jentera ini juga dilihat cukup agresif dengan garis-garis tajam di seluruh bahagian badannya.

Apa yang pasti, apabila dipasarkan nanti, motosikal ini akan menjadi versi lebih sporty berbanding Honda CBR250R dengan enjin satu silinder.

Honda-CBR250RR-Light-Weight-Concept-mekanika (2)

Kalau Honda jadi buat lah…

Google ads
Back to top button