Buletin

JOKER SERANG KERETA API DI TOKYO, PENUMPANG CEDERA DITIKAM

Seorang lelaki yang berpakaian watak Joker dalam filem Batman dilapor menyerang penumpang dalam sebuah kereta api di Tokyo. 

Serangan lelaki yang memakai kot berwarna ungu hijau terang dan memegang pisau dapur itu menyebabkan 17 orang cedera. Saksi memberitahu suspek menyembur cecair jernih di dalam kabin dan menyalakan  

Dalam klip video yang tular di laman sosial, kelihatan penumpang bertempiaran lari dengan ada di antara mereka keluar melalui tingkap. Serangan tersebut berlaku pada jam 8:00 malam waktu tempatan berhampiran stesen Kokuryo. 

“Saya ingat lawak Halloween. Kemudian saya nampak seorang lelaki berjalan dan melibas sebilan pisau panjang,” kata seorang saksi kepada akhbar Yomiuri.  

Suspek ditahan serta-merta oleh pasukan polis. Menurut laporan Kyodo, lelaki itu memberitahu dia mengagumi watak Joker dalam komik/filem Batman. 

Joker ialah watak super villain yang terkenal. Malah, filem Joker lakonan Joaquin Phoenix pada tahun 2019 memaparkan banyak aksi serangan ganas ke atas penumpang kerea api selepas beberapa kali dia dikasari. Adegan penting itu juga menjadi titik tolak kepada pembentukan watak dan karekter Joker. 

Media tempatan menyatakan suspek memberitahu pihak berkuasa yang dia mahu membunuh supaya dia dikenakan hukuman mati. Jabatan Bomba Tokyo menyatakan tiga mangsa mengalami cedera parah dan seorang warga emas tidak sedarkan diri selepas ditikam. 

Shunsuke Kimora yang merakam insiden berkenaan menyatakan ia adalah situasi menakutkan. “Pintu kereta api ditutup dan kami tidak tahu apa yang berlaku. Jadi kami terjun keluar dari tingkap. 

Jenayah keganasan jarang berlaku di Jepun, tetapi serangan pisau berprofil tinggi telah beberapa kali berlaku sejak kebelakangan ini. 

Google ads
Back to top button