Motosikal

KAWASAKI NINJA ZX-10RR WINTER TEST EDITION 2024 – HANYA 25 UNIT DIHASILKAN

Meskipun Kawasaki ketiadaan pasukan di Kejuaraan Dunia MotoGP namun pengeluar motosikal Jepun itu boleh berbangga dengan kejayaan Ninja ZX-10R yang kekal popular dikalangan peminat ‘superbike’. 

Nama ‘Ninja’ juga ikonik sehingga ke hari ini dan kekal sebagai jentera pesaing utama kejuaraan dunia Superbike (WorldSBK). 

Dalam pada itu, bagi meraikan kejayaan Ninja ZX-10R sehingga kini, Kawasaki telah memperkenalkan Ninja ZX-10RR WInter Test Edition. 

Untuk rekod, Kawasaki sering memperkenalkan edisi Winter Test terutamanya di hujung tahun namun berbeza kali ini apabila model ini hanya terhad kepada 25 unit sahaja. 

Menurut Kawasaki, setiap bahagian Ninja ZX-10RR Winter Test Edition ini direk sendiri Kawasaki Racing Team (KRT) yang beraksi di WorldSBK.  Jentera ini juga menawarkan 214hp dan 112Nm. 

Seperti kebiasaan, Ninja ZX-10RR Winter Test Edition ini hadir dengan livery sama dengan jentera WInter Test pasukan WorldSBK KRT. Juga terdapat plat bernombor di bahagian pelindung tangki termasuk ekzos Akrapovic yang didatangkan secara standard. 

Sebagai pelengkap, pembeli juga akan menerima dua pas VIP bagi menghadiri sebarang pusingan WorldSBK 2024 pilihan mereka, termasuk akses khas hospitaliti KRT dan bertemu pelumba utama Alex Lowes serta Axel Bassani. 

Google ads
Back to top button