Motosikal

KYMCO K-XCT 300I

Berita baik untuk anda yang ingin mendapatkan sebuah skuter maxi! 

KymcK-XCT-300i-mekanika  (2)

Pengeluar skuter terkemuka dari Taiwan, Kymco baru-baru ini telah memperkenalkan skuter maxi yang dikenali sebagai K-XCT 300i ke pasaran tempatan.

K-XCT 300i yang boleh anda miliki pada harga RM22,085 seunit termasuk insurans ini merupakan tambahan kepada skuter Kymco berkapasiti 200cc dan 400cc sedia ada.

KymcK-XCT-300i-mekanika  (3)

Jentera tersebut dikuasakan oleh unit enjin satu silinder dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 298cc. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 21.9kW @ 7,750rpm dan tork puncak 30.1NM @6,250rpm.

Dipadankan dengan kotak gear CVT automatik, skuter ini pastinya menjanjikan tunggangan yang lancar dan menyeronokkan.

KymcK-XCT-300i-mekanika  (8)

Tampil dengan wajah dan reka bentuk menarik, K-XCT 300i menawarkan kemudahan kepada penunggan menerusi ruang simpanan barang di bawah tempat duduk yang cukup besar, 40.7 liter.

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan soket pengecas 12V yang membolehkan anda mengecas telefon bimbit. Paparan meternya kini pula lebih kontras untuk memaparkan maklumat tunggangan dengan jelas.

KymcK-XCT-300i-mekanika  (1)

Tugas membrek skuter ini diserahkan kepada sistem brek cakera dengan angkup tiga silinder yang dipasang pada roda hadapan dan belakangnya.

KymcK-XCT-300i-mekanika  (9)

Anda boleh memilih daripada tiga warna yang disediakan iaitu putih, merah dan biru. Untuk memberi ketenangan fikiran kepada pelanggan, K-XCT 300i hadir bersama jaminan selama setahun atau perbatuan sejauh 10,000km.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button