Modifikasi

SUBARU FORESTER EMAS

Saya tidak pasti dari mana pemiliknya, Hisham mendapat inspirasi untuk mengubah suai Subaru Forester ini. 

SONY DSC

Semua orang tahu bahawa Forester berkongsi chasis,  enjin dan transmisi dengan Subaru Impreza. Namun begitu, kebanyakan Forester yang masuk ke Malaysia didatangkan dengan kotak gear automatik yang praktikal, tetapi kurang sporty.

Mungkin sebab itu Hisham menggantikan enjin asal Forester dengan enjin boxer daripada half-cut Impreza STi Version 5 yang lebih berkuasa.

SONY DSC

Enjin STi ini boleh dikatakan tak diusik kecuali penambahan beberapa aksesori jenis bolt-on. Penapis udara asal diganti dengan penapis udara pod terbuka daripada Blitz dan kit intercooler jenis front mount buatan custom. Turbo asal enjin ini dipasang dengan wastegate dari Turbosmart. Pada paip intercooler, sebuah injap blow-off HKS SSQV dipasang dengan kemas.

Kepala silinder enjin menjalani kerja-kerja port dan polish. ECU enjin pula dinaik taraf kepada ECU piggyback daripada GReddy e-Manage. Sistem ekzos yang memastikan bunyi deruman dari enjin boxer ini mampu didengar dengan lebih jelas ialah set lengkap HKS Hi Power Silent yang diubah suai daripada sistem ekzos Subaru Impreza Version 8.

SONY DSC

Selesai dengan modifikasi enjin, tumpuan Hisham beralih kepada kotak gear. Kalau nak sporty, kenalah guna kotak gear manual. Memandangkan Impreza STi tak pernah ada  kotak gear automatik, Forester yang asalnya bertransmisi automatik kini dah jadi manual siap dengan LSD. Kotak gear manual lima kelajuan dikukuhkan dengan klac perlumbaan HKS yang menyedapkan lagi proses pertukaran gear.

Macam mana nak imbangkan prestasi dan keselesaan? Dalam kes Forester ini, Hisham memilih penyerap hentak dan pegas gegelung OEM Impreza STi Version 8 Spec C yang ditala sendiri oleh jurutera Subaru. Penyerap hentak ini boleh masuk secara bolt-on, walaupun komponen itu dihasilkan untuk kereta Impreza model baru.

SONY DSC

Selain penyerap hentak, sistem brek Brembo 4 pot daripada Impreza STi Version 8 turut dipasang. Hisham menyalin semua brek Forester emasnya dengan brek Brembo itu dengan pelapik brek Endless.

SONY DSC

Untuk mengisi ruang besar di bawah arca roda, Hisham menggunakan rim Wedsport 18 inci PCD 100 5 lubang berwarna bronze yang memberi sedikit kontras dengan warna badan kereta. Tayar-tayar Toyo Proxes 225/40/18 digunakan untuk membalut semua rim-rim aloi buatan Jepun tu.

Semangat sports kereta ini diterjemahkan pada bahagian kokpit melalui penggunaan tempat duduk bucket penuh Sparco untuk pemandu. Papan pemuka asal kereta  dikekalkan dan dipenuhkan dengan turbo timer Blitz dan RSM daripada Pivot.

SONY DSC

Stereng Momo asal Forester ini diganti dengan stereng Momo juga, tetapi dari model Impreza STi yang kena dengan tombol gear kulit yang juga Momo.

Selain warna emas yang membuatkannya begitu istimewa, Hisham sebenarnya sudah menggantikan bodykit asal dengan bodykit asli Forester STi. Aksesori JDM asli yang dipadankan ialah scuff plate asli Subaru yang dipasang pada bahagian bonet belakang dan skup udara OEM Impreza Version 8 yang jauh lagi besar dari skup udara asal Forester.

SONY DSC

Dengan pengubahsuaian yang dibuat, aku yakin inilah antara kereta wagon yang paling seronok untuk dipandu. Setakat dicabar oleh kereta sports di atas jalan raya, Hisham boleh berlagak cool sebab Forester dia bukanlah mudah untuk ditewaskan.

SONY DSC

Seperti kereta Aston Martin DB5 James Bond, kereta wagon ini juga penuh dengan kejutan.
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button