
LEXUS DEDAH FOTO EV RZ 450e. LEBIH CANTIK BERBANDING bZ4x DAN SOLTERRA
Lexus baru-baru ini mendedahkan beberapa keping foto crossover elektrik pertamanya, RZ 450e yang dijangka melakukan debut pada pertengahan tahun 2022.Â
Foto itu memberi gambaran lebih jelas bahagian belakang dan sisi jentera tersebut yang berkongsi platform e-TNGA, sama dengan Toyota bZ4x dan Subaru Solterra. Untuk tampil lebih sporty, tiang C pada RZ 450e dihitamkan.
Bahagian belakang pula menampilkan rekaan berbeza sepenuhnya. Rekaannya lebih ringkas dan elegan dengan lampu belakang yang merentangi dari kiri ke kanan, selain bentuk bampar yang maskulin.Â

Setakat ini, masih belum ada foto ruang kabinnya. Memandangkan ia sebuah Lexus, sudah pasti material serta susun atur ruang dalamannya lebih premium berbanding Toyota dan Subaru.
Rangkaian kuasa yang akan menggerakkan RZ 450e masih misteri. Sebagai perbandingan, bZ4x dan Solterra akan menggunakan motor elektrik berkembar berkuasa 215hp serta pek bateri berkapasiti 72.8kWh.Â

Sepanjang tahun 2021, Lexus telah menyerahkan 760,012 unit kenderaan kepada pelanggan, naik 6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Amerika Utara kekal menjadi pasaran terbesar Lexus dengan jualan mencecah 332,000 unit. China pula di tempat kedua dengan 227,000 unit.
Lexus dijangka memperhebatkan pelan untuk menawarkan kenderaan elektrik ke pasaran Eropah, Amerika Utara dan China menjelang tahun 2030. Â