Motosikal

MFORCE LANJUTKAN KEMPEN BANTUAN BANJIR SEHINGGA 17 FEB 2022

MForce baru-baru ini mengumumkan lanjutan tempoh kempen perkhidmatan bantuan banjir sehingga 17 Februari 2022. Ini bagi memberi peluang kepada mangsa banjir yang tidak berkesempatan menghantar motosikal mereka untuk dibaiki.

MForce sebelum ini melancarkan kempen perkhidmatan bantuan banjir khusus buat mangsa yang terjejas terutamanya di kawasan Lembah Klang bermula 23 Disember 2021 sehingga 15 Januari 2022.

Sehingga kini, MForce telah menerima dan membaiki lebih 500 unit motosikal yang terjejas akibat banjir.

Dalam kempen ini, MForce menawarkan penukaran minyak enjin, pemeriksaan serta penyelengaraan secara percuma kepada pemilik motosikal berjenama SYM, Benelli, Wmoto, SM Sport, Keeway dan Brixton. Para pemilik juga akan diberi potongan harga sehingga 20 peratus ke atas alat ganti terpilih.

Pemilik motosikal keluaran Mfoce yang terjejas diminta untuk menghantar motosikal mereka ke Mforce cawangan Segambut berserta surat sokongan untuk menikmati faedah ini.

Alamat: No. 15, Jalan Segambut Atas, Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Nombor telefon: 04-545 2222

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, jam 8.30am – 5.30pm

MForce menawarkan pelbagai model motosikal ekonomi dengan harga yang sangat kompetitif terutamanya bagi kelas 110cc hingga 125cc. Antaranya ialah SYM Sport Rider 125, SM Sport 110E, SM Sport 110R, Benelli VZ125i, WMoto ES125, WMoto VE-110 dan WMoto WM110.

Semuanya berada di dalam kategori mampu milik, jimat minyak dan mudah diselenggara. Anda boleh mendapatkannya di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.

Google ads
Back to top button