Motosikal

KEMPEN MODENAS DOMINASI IMPIANMU. REBAT RM1K UNTUK DOMINAR D400, KINI CUMA RM12,788 SEUNIT

Syarikat motosikal nasional, Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) baru sahaja melancarkan kempen MODENAS Dominasi Impianmu. Kempen tersebut bertujuan membantu peminat motosikal di negara ini untuk mencapai impian mereka memiliki jentera streetbike mereka sendiri.

Bermula 2 Mei sehingga Hari Merdeka pada 31 Ogos 2020, ia menawarkan rebat tunai sebanyak RM1,000 kepada pembeli Modenas Dominar D400. Tawaran ini menjadikan sport-tourer 400cc itu sebagai model paling mampu milik dalam segmennya.

Dominar D400 yang seberat 182kg digerakkan oleh enjin silinder tunggal DTS-i dengan sistem penyejukan cecair serta suntikan bahan api. Ia mampu menjana kuasa 35PS pada 8,000rpm dan tork 35Nm pada 6,500rpm.

Jentera itu menggunakan kaliper dwi-omboh 320mm pada roda hadapan dan kaliper omboh tunggal 230mm di belakang. Suspensi hadapan pula terdiri daripada jenis teleskopik 43mm dan ‘mono chock’ boleh laras pelbagai langkah di bahagian belakang.

Motosikl tersebut ini didatangkan dalam tiga warna dan hadir bersama jaminan selama 2 tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu).

#MODENASPrihatin

Kepada semua rakyat Malaysia, sila amalkan kebersihan yang baik, jaga jarak sosial dan patuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah.

Pastikan anda mencari wakil pengedar sah MODENAS terdekat dengan melayari laman web rasmi MODENASz; www.modenas.com. Jangan lupa ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi MODENAS.

Google ads
Back to top button