Motosikal

MODENAS PULSAR NS200 2021 TERIMA 3 WARNA BAHARU. HARGA SAMA, BERMULA RM9,655

Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini memperkenalkan pilihan warna dan reka bentuk grafik baharu untuk Modenas Pulsar NS200. 

Street bike itu dilancarkan pertama kali pada Mei 2017 dan telah terjual lebih 8,000 unit di seluruh negara. Secara tidak langsung menjadikannya salah satu model street bike paling popular di Malaysia. 

Tiga pilihan warna terbaru yang ditawarkan ialah biru (Plasma Blue), merah (Burnt Red) dan kelabu (Pewter Grey). Skema warna dan grafik terbaharu itu nyata meningkatkan lagi daya tarikan Modenas Pulsar NS200 buat mereka yang ingin beralih ke segmen motosikal lebih besar.

Modenas Pulsar NS200 ialah sebuah jentera naked yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Ia dijana oleh enjin 200cc DTS-i berkuasa 24.1hp dan tork maksimum 18.6Nm. Motosikal tersebut menawarkan perjalanan lebih lancar dengan penggunaan bahan bakar yang menjimatkan. 

Dengan pelbagai ciri yang ada, Modenas Pulsar NS200 menjanjikan kepuasan kepada penggunanya.

Motosikal itu dipasang dengan penyerap teleskopik di hadapan bersama bush anti geseran dan suspensi belakang jenis gas daripada Nitrox. Gandingan sistem suspensi berkenaan menawarkan pengalaman menunggang yang mantap dan menyeronokkan.

Harga jualan yang disyorkan untuk MODENAS Pulsar NS200 2021 ialah RM9,655 (tanpa insuran dan cukai jalan), sama seperti varian sebelumnya. Ia akan mula berada di semua bilik pameran MODENAS yang sah pada Oktober 2021.

GALERI

Google ads
Back to top button