Motosikal

MODENAS TAWAR PAKEJ SERVIS PRIHATIN ISTIMEWA SEMPENA HARI RAYA

Para pemilik motosikal MODENAS kini boleh berjimat untuk menyelenggara jentera mereka menerusi Pakej Servis MODENAS Prihatin.

Pakej servis yang bermula pada 18 Mei sehingga 31 Julai 2020 itu menawarkan diskaun ke atas alat-alat ganti yang terpilih, caj buruh dan banyak lagi.

Tawaran itu boleh didapati di pusat-pusat servis MODENAS yang terpilih di seluruh negara.

Pakej Servis MODENAS Prihatin

Potongan harga sehingga 20 peratus untuk alat-alat ganti terpilih seperti penapis minyak, minyak enjin, alas brek, palam pencucuh dan banyak lagi.

Pelanggan Pakej Servis MODENAS Prihatin juga akan menerima perkhidmatan percuma seperti pemeriksaan untuk 16 perkara dan imbasan ECU untuk semua model terlibat.

Ia merangkumi model Modenas Dominar D400, Modenas Pulsar NS200, RS200 dan Modenas V15. Tidak ketinggalan ialah Modenas Downtown 250, Modenas Elegan 250, Modenas Karisma 125 serta varian Modenas Kriss seperti Kriss MR1, Kriss MR2 dan Kriss 110.

Demi keselamatan, pelanggan akan diberikan topeng muka apabila mereka berada di pusat servis. Semua motosikal juga akan akan disanitasi sepenuhnya secara percuma.

Pusat-pusat yang menawarkan Pakej Servis MODENAS Prihatin:

  • Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
  • Pusat  Servis MODENAS Ipoh, Perak
  • Pusat  Servis MODENAS Gurun, Kedah
  • Pusat  Servis MODENAS Kuanta, Pahang
  • Pusat  Servis MODENAS Johor Bahru, Johor

Hari Operasi:            Enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu)

Waktu Operasi:        8.30 pagi hingga 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat)

                                    8.30 pagi hingga 1.00 petang (Sabtu)

Pusat-pusat servis yang sah hanya melayani pelanggan dengan temu janj untuk memastikan protokol jarak sosial COVID-19 dipatuhi.

Pelanggan MODENAS boleh membuat temu janji secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis. Anda juga boleh menghantar Mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di 019-570 8135 atau menghubungi pusat servis untuk maklumat lanjut.

Google ads
Back to top button