Modifikasi

NISSAN SKYLINE 2J-R – SANG LAGENDA YANG TAK AKAN MATI

Ada dua nama hebat yang perlu kau ingat dalam dunia ni. Kereta sukan Skyline dan pasukan bola sepak Arsenal. Dua nama hebat yang telah mengubah persepsi industri masing-masing.

Skyline memetakan sektor automotif supaya orang hormat dengan teknologi dari negara Jepun. Sementara Arsenal memiliki penyokong yang tak reti mengisi borang penukaran kelab, walaupun tak menang piala berbelas tahun!

Kita pecahkan lagi diagram Skyline tadi. Ada 3 nama penting iaitu Hakosuka, RB26 dan R35. Ia mewakili 3 generasi dan 3 teknologi yang menentang arus. Jentera ikonik R35 misalnya, terbukti power walaupun harganya jauh lagi murah dari pesaing terdekat Porsche 911 Turbo.

Ini membuktikan kereta “murah” boleh dibuat, manakala kereta mahal tidak semestinya laju di zaman serba moden ni. Kau boleh aje gigit Golf atau M3 yang berkali ganda mahal, dengan bermodalkan casis BNR atau R biasa-biasa seperti GTT.

GTT membenarkan orang yang tak kesampaian hajat mendakap GTR, memiliki mesin serba power ni. Bukan itu saja, malah sudah ada yang berani merojak kereta ini dengan enjin songsang seperti 2JZ-GTE, yang terkenal kerana ketahanannya. Tak perlu cekik perut untuk beli M3. Sekali gearboxnya koyak, menangislah kamu di pintu workshop…

Baiklah. Apa yang bestnya 2JZ-GTE ni? Itu kena tanya Mohd Nizam. Bayangkan betapa lamanya saya tinggalkan industri, sedangkan kereta ini dibina tak sampai 3km dari rumah.

Pada mulanya, Nizam main kereta untuk suka-suka. Asalnya main Cefiro, kemudian beli R34 GTT, kemudian ganti RB26DETT, kemudian terdetik idea nak pakai 2JZ-GTE. Semuanya dibuat depan garaj rumah. Ya, tak tipu. Sampai satu masa, bila kawan makin ramai menumpang, terpaksalah dia berhijrah membuka bengkel sendiri.

Kenapa bukan RB26DETT? Terlalu mainstream mungkin?. Lagipun enjin ni dah semakin pupus dalam pasaran. Berbeza dengan siri 2JZ yang dipasang pada macam-macam jenis kereta di Jepun (Supra, Aristo, Crown, Majesta dan lain-lain). Sedangkan RB26DETT cuma khusus untuk Skyline GTR. Dari segi teknikal pula, saiz rangka, jaket air dan crankshaft 2JZ-GTE, sebenarnya lebih besar berbanding RB26DETT.

Itu bermaksud, senang nak ubahsuai. Dalam kes Nizam yang mana hobinya ber“wangan”, sudah tentu mesin+kuasakuda+tork+lasak adalah penting.

Enjin ini telah dibina semula dari pemasangan gasket keluli HKS 1.5mm, port & polish kepala silinder dan penempatan camshaft HKS 280°. Disebabkan 2JZ ni bukan versi VVT-i, camshaftnya masih lagi murah dan senang didapati. Ia kemudian dipasang dengan spring injap BC, retainer titanium BC dan cam pulley HKS.

Set-up turbo tunggal dah tentu jadi pilihan dan untuk mendapatkan boost yang mencanak-canak, turbin HKS T51R KAI BB telah dipasang. Kalau bukak bonet tengah malam gelap, mau terkejut beruk tengok saiznya yang besar. Ia duduk di atas manifold HKS V-Band dan dipasang dengan wastegate HKS 60mm serta injap pelepas juga dari HKS.

Untuk menyokong sebuah turbo sebesar kepala Pak Amid, intercooler HKS sebesar rumah diperlukan. Tekanan boost dikawal oleh GReddy Profec B Spec II, sementara boost yang masuk ditingkatkan dengan manifold kemasukan GReddy bersama throttle body Nissan VH45DE.

Aksesori enjin yang lain termasuklah penapis udara Blitz SUS, pam Walbro 400, injektor Bosch ID 1150cc, coil pack Splitfire, radiator aloi Synergy Radiator dan sebuah radiator sekunder yang diletak pada unit diffuser belakang. Elektronik? ECU Haltech Platinum Sport 2000.

Enjin ini dibina mengikut panduan yang betul. Jadi capaian 500hp di atas mesin dyno bukanlah satu masalah. Saya tengok Nizam pun takut nak accelerate, sampai meletup-letup dibuatnya. Kalau bawak di kawasan rumah saya, rasanya tak sempat barrier bukak. Mesti kena baling dengan tayar terpakai oleh pengerusi persatuan penduduk yang kerek tu…

Untuk pindah kuasa 500hp ke atas jalan, perlukan teknologi yang setimpal. Kereta ini dipasang dengan kotak gear manual Getrag V161 dan dilengkapi set klac OS Giken R Triple Plate. LSD Tomei 2 way pun ada. Kalau tak ada benda-benda ni, kau rev enjin, kereta termenung kat situ jelah.

Bahagian hentian dinaiktaraf dengan brek AP Racing 6 pot depan dan standard 2 pot di belakang. Suspensi pun ditukar dengan jenis boleh laras dari TEIN. Roda asal seterusnya diganti rim 19-inci TE37SL dengan tayar Achilles ATR Sport 275/30ZR-19.

Penat nak cerita barang dalam. Saya copy paste je la. Ada meter Nismo, stereng Nardi Torino, tombol gear Nismo, kerusi Recaro SR4, meter boost HKS, meter tambahan GReddy dan unit paparan MFD BNR34. Siap…!

Sebenarnya hati saya dengan kereta sukan Jepun ni dah lama pudar. Scene pun tak meriah macam dulu-dulu. Hanya ada 1-2 model saja yang kekal popular rasanya. Tapi bila pergi ke bengkel GT Max Motorsport di Cheras, persepsi saya sedikit berubah. Lama sangat wa join geng pancing sampai lupa pasal scene kereta sukan ni.

Sebenarnya masih lagi meriah, cuma banyak yang dah bergerak secara underground. Hanya mereka yang hati kental saja masih setia dengan kereta macam ni. Dengan harga GTT sekitar RM60-70K, ianya masih lagi maintain tapi sangat munasabah.

Saya selalu bayangkan apa jadi kalau kereta macam ni masuk enjin V8. Pergh…!!! Masa tu bolehlah pakai polo shirt kolar angkat tinggi rambut cacak-cacak. Muka buat ketat sikit. Mesti jiran kau yang pakai Golf GTi segan nak start kereta dia depan rumah sendiri kan?

BACA: KENAPA NISSAN GT-R BEGITU BERKUASA?

BACA: NISSAN SKYLINE GT-R, LAGENDA YANG MENGUBAH DUNIA

BACA: NISSAN R390-INILAH DATUK KEPADA GT-R

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button