Motosikal

HONDA EV-CUB AKAN DIPRODUKSI 2 TAHUN LAGI

Berita baik daripada Honda. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Takahiro Hachigo mengesahkan bahawa pihaknya akan memasarkan Honda EV-Cub dalam masa dua tahun lagi.

Honda EV-Cub

Ia merupakan ialah versi elektrik motosikal Honda yang amat popular iaitu Super Cub. Super Cub disifatkan sebagai motosikal paling laris sepanjang zaman apabila jualannya mencecah lebih 87 juta unit sejak dihasilkan pada tahun 1958.

 

Honda EV-Cub pernah membuat penampilan di Tokyo Motor Show 2015 dan pelbagai acara pameran automotif lain. Ia nyata mendapat perhatian ramai.

Honda EV-Cub

Motosikal cekap bahan api ini dilihat sebagai jawapan terbaik untuk masalah pencemaran dan kesesakan jalan raya yang dihadapi oleh majoriti bandaraya besar di seluruh dunia. 

Honda EV-Cub

Honda menyatakan bahawa Honda EV-Cub ialah motosikal ideal untuk perjalanan pendek, mudah dikendalikan dan ekonomikal. Bateri diletakkan pada bahagian tengah bawah badannya supaya mudah dipasang dan dibuka. Lebih menarik lagi, bateri tersebut boleh dicaj menggunakan soket biasa di rumah.

 

Dengan pusat graviti yang rendah, motosikal ini menawarkan kualiti tunggangan yang lincah dan menyeronokkan.

 Honda EV-Cub

EV-Cub on dijangka diperkenalkan di Jepun terlebih dahulu. Sebelum melebarkan sayapnya ke pasaran-pasaran utama lain termasuklah negara ASEAN. Wah… Tapi ada harapan ke Boon Siew Honda nak bawa masuk ke Malaysia? Hmmm…

Google ads
Back to top button