Motosikal

SKUTER HONDA X-ADV ATASI JUALAN BMW R 1200 GS DI ITALI – POWER!

Sedia maklum bahawa model seperti BMW R 1200 GS menjadi pilihan default bagi mereka yang mahukan sebuah motosikal tunggangan jarak jauh. Model itu juga menjuarai carta jualan di pasaran Eropah sejak bertahun-tahun lamanya.

Namun kini, status quo itu digugat oleh pesaing yang tidk disangka-sangka. Ya lah, siapa sangka skuter crossover adventure Honda X-ADV mampu mengalahkan jumlah jualan BMW 1200 GS pada separuh pertama tahun ini.

Dalam tempoh Januari hingga Ogos 2018, lebih 3,233 unit X-ADV berjaya dijual berbanding 3,180 unit GS di pasaran Itali. Motosikal Honda sememangnya cukup popular di sana. Buktinya, lebih 20,000 unit skuter siri SH terjual sejak awal tahun ini.

X-ADV menggunakan khidmat enjin bersesaran 745cc dengan kuasa 54hp yang turut dipasang pada model NC700. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar(DCT) . 

BACA: BOON SIEW HONDA LANCAR HONDA X-ADV – HARGA BERMULA RM57,999

Bagi memberi keselesaan kepada penunggang, X-ADV menawarkan posisi tunggangan yang tegak bersama bar hendal setinggi 910mm. Manakala cermin penghadang angin pula boleh dilaras sehingga lima talaan.  

Direka dan dihasilkan oleh pasukan R&D Honda di Itali, Ruang di bawah pelana. X-ADV menawarkan kapasiti penyimpanan barang sehingga 21 liter.

Untuk makluman, anda sudah boleh membeli X-ADV daripada Honda Big Wing pada harga bermula RM57,999 seunit.

Google ads
Back to top button