Motosikal

YAMAHA EGO AVANTIZ 125 – RM5,700

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini melancarkan model skuter Ego Avantiz secara rasmi ke pasaran tempatan.

Yamaha-Ego-Avantiz-2016-mekanika (7)

Ditawarkan pada harga anggaran RM5,700 seunit (termasuk GST), skuter entry level itu didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu merah, biru dan hitam. Ego Avantiz akan mula berada di semua pusat jualan Yamaha di seluruh negara pada hujung Ogos depan.

Skuter yang turut dikenali sebagai Mio Soul 125 di pasaran Indonesia itu dijana oleh unit enjin 125cc SOHC silinder tunggal dengan sistem pancitan bahan api dan penyejukan udara.

Yamaha-Ego-Avantiz-2016-mekanika (10)

Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 7kw @ 8,000rpm dan tork 9. 6Nm @ 5,500rpm. Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada tali sawat V automatik. Dilengkapi teknologi BLUECORE, skuter tersebut menjanjikan prestasi yang mengujakan dan jimat bahan api.

Yamaha-Ego-Avantiz-2016-mekanika (8)

Ego Avantiz tampil agresif dengan lampu utama LED yang boleh dilaras tahap kecerahannya. Gaya moden itu diteruskan pada lampu belakang yang memiliki rekaan tajam.

Yamaha-Ego-Avantiz-2016-mekanika (4)

Panel meter adalah analog sepenuhnya. Ini bagi memastikan kos motosikal ini lebih mampu milik buat para pengguna.

Ruang penyimpanan barang seluas 14 liter membolehkan penunggang menyimpan topi keledar dan barangan lain tanpa sebarang masalah.

Yamaha-Ego-Avantiz-2016-mekanika (6)

HLYM maensasarkan untuk menjual 1,000 unit Ego Avantiz sebulan. Jentera automatik itu kini boleh dilihat secara dekat si acara Yamaha Automatic World Motor Show 2016 yang sedang berlangsung sekarang hingga Ahad di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Google ads
Back to top button