
VESPA SPRINT CARBON SUDAH TIBA – BERMULA RM19K!
Naza Premira hari ini melancarkan Vespa Sprint Carbon yang lebih sporty ke pasaran Malaysia.
Ia ditawarkan pada harga bermula RM19,000 seunit dan boleh didapati di semua pengedar sah Vespa di seluruh negara.

Didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih, jentera itu tampil dengan kemasan karbon pada bahagian ‘tali leher’ hadapan dan speedometer.
Turut ditambah penutup hon berwarna merah, pelekat rim baharu dan kemasan kelabu pada perumah lampu. Manakala hendal bar dan cermin berwarna krom dikekalkan.
Skuter yang nampak muda itu juga menampilkan bendera Itali sebagai simbol seni, reka bentuk, fesyen dan sofistifikasi, selain logo “Carbon” di bahagian belakang.

Identiti perlumbaan dan sporty pada varian ini diserlahkan menerusi pelana tunggal, serta lampu LED berbentuk empat sedi di depan dan belakang.
Vespa Sprint Carbon dikuasakan oleh enjin selinder tunggal empat lejang i-Get bersesaertan 150cc yang mampu menjana 9.5kW dan tork 12.8Nm.
Direka supaya lebih mesra alam, setiap perincian daripada ekzos sehingga rekaan dalaman kotak gear menjanjikan tunggangan yang lancar dan senyap.
- BACA: VESPA MALAYSIA LANCAR 3 MODEL BAHARU!
- BACA: VESPA GTS 300 HPE – MODEL GTS PALING BERKUASA SETAKAT INI, 23.5BHP!
- BACA: VESPA PRIMAVERA 50th ANNIVERSARY EDITION – BERMULA RM16,300
- BACA: SKUTER UNTUK GOLONGAN BANGSAWAN – VESPA 946 RED, RM66,000 SEUNIT
GALERI