Motosikal

PASUKAN MONSTER ENERGY YAMAHA MOTOGP PERKENAL SKIM WARNA BAHARU

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP dengan bangganya memperkenalkan skim warna dan struktur untuk musim perlumbaan 2019 di Jakarta, Indonesia.

Bertemakan “Beast Mode On”, ia menampilkan penaja baharu Monster Energy Company sebelum beraksi dalam perlumbaan ujian IRTA MotoGP pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang tidak lama lagi.

Perjanjian penajaan yang ditandatangani tahun lalu menyaksikan Monster Energy bakal menaja beberapa pasukan Yamaha dalam pelbagai kelas perlumbaan.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Persediaan mengharungi musim dimantapkan lagi dengan perubahan struktur pasukan.

Hiroshi Itou dilantik sebagai Pengurus Besar Divisyen Pembangunan Sukan Bermotor. Manakala Takahiro Sumi dipilih menjadi Ketua Kumpulan MotoGP yang baru.

Pengenalan livery baharu pada jentera lumba dilakukan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Ekskutif Monster Energy Company, Rodney Sacks menerusi satu klip video.

Dua orang pelumba pasukan, Valentino Rossi dan Maverick Viñales diberi penghormatan untuk memperkenalkan jentera Yamaha YZR-M1 2019.

Seperti yang boleh anda lihat, skim warnanya telah berubah sepenuhnya. Ia melibatkan padanan warna hitam dan biru, selain logo Monster Energy pada logo Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP.

Sut kulit yang dipakai oleh Rossi dan Maverick juga hadir dengan tema rekaan yang sepadan.

Di samping penjenamaan Monster Energy yang begitu jelas, pasukan turut mengumumkan bahawa jentera itu akan menampilkan slogan-slogan Yamaha Indonesia Motor Manufacturing, Yamaha Motor Vietnam Co., Ltd., Yamaha Motor Philippines, Inc., dan Thai Yamaha Motor Co., Ltd. sepanjang musim perlumbaan 2019.

Tags
Google ads
Back to top button