
PEUGEOT 207 WRC - ADA KISAH DUKA TENTANGNYA
Lama dahulu, pengeluar kenderaan dari Eropah sememangnya cukup sinonim dengan perlumbaan rali dunia. Citroen dan Peugeot antara aktif di dalam perlumbaan sekitar 90an / 2000an. Dan ada sebuah model WRC yang cukup unik ketika itu, Peugeot 307 WRC dengan layangan warna Merah.
Bermula tahun 1999 sehinggalah tahun 2003, Peugeot telah pun mempunyai sebuah jentera WRC yang cukup handal, Peugeot 206 WRC, model yang dibina berdasarkan kereta hatchback standard Peugeot 206. Malah, jentera ini berjaya memenangi kejuaraan WRC pada tahun 2000 dan 2002 melalui pemandu Sweden Marcus Grönholm.

Dan model jalanan daripada Peugeot 307 CC telah dipilih untuk dijelmakan sebagai jentera WRC. Agak menarik apabila ianya merupakan satu – satunya model standard jalanan Cabriolet yang dipilih untuk dijadikan sebuah jentera rali bagi penggantikan model hatchback Peugeot 206 WRC.
Ketika pengurusan tertinggi Peugeot mencadangkan kepada Peugeot Sport agar model 307 CC (Coupe Cabriolet) ini dipilih sebagai pengganti ternyata ianya memberi sedikit kelebihan kepada Jurutera memandangkan model ini mempunyai karakteristik yang lebih rendah dan kecil sedikit di bahagian hadapan sekali gus memberikan kelebihan aerodinamik.
Sungguh pun demikian, FIA telah mengarahkan Peugeot agar menggantikan bahagian bumbung dengan komponen yang kekal dan bukannya boleh dibuka tutup. Sudah pastinya khabar ini sedikit menggusarkan Jurutera Peugeot Sport kerana sudah pastinya beban akan bertambah. Namun disaat kereta ini hendak dilancarkan, FIA telah mengeluarkan arahan terbaharu bahawa berat minimum jentera adalah 320 kg sekali gus menjadikan tambahan beban tersebut telah diambil kira dengan pertambahan berat keseluruhan Peugeot 307 WRC ini.
Bumbungnya yang direka rendah dan sempit berbanding model standard 307, berjaya mengurangkan sehingga 7% kadar rintangan angin sekali gus memberikan tahap aerodinamik yang lebih baik. Dan aliran udara yang melewati bumbung hingga ke bahagian sayap di belakang menjadikannya lebih baik lagi.
Sungguh pun demikian, prestasi yang diharapkan ketika musim WRC 2004 tidaklah begitu memberangsangkan apabila prestasinya diganggu oleh masalah transmisi serta ketidaksesuaian dengan gaya pemanduan oleh barisan pemandu dengan ciri pengendalian jentera Peugeot 307 WRC itu.

Mujur musim 2005 prestasinya dilihat lebih berjaya apabila muncul sebagai pendahulu bagi kategori Pengeluar selepas 10 pusingan perlumbaan. Namun semuanya pudar ketika Markko Martin memutuskan untuk menarik diri daripada beraksi tiga pusingan lagi setelah terlibat dalam kemalangan sewaktu Wales Rally GB yang telah mengorbankan Juruarah Michael Park.
Musim 2005, Peugeot hanya menduduki tempat kedua keseluruhan Pengeluar manakala Marcus Grönholm menduduki tempat ketiga keseluruhan bagi kategori Pemandu. Dan di akhir musim, PSA memutuskan untuk menarik diri sebagai pasukan Pengeluar, baik untuk Peugeot mahu pun Citroen sendiri.
Walau pun ada pasukan persendirian yang meneruskan aksi jentera ini pada musim berikutnya, namun ianya akan sentiasa dikenang apabila melibatkan kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa Juruarah Mendiang Michael Park.
BACA : PEUGEOT 206 WRC – LAGENDA KERETA RALI PERANCIS
BACA : PARODI PANDU UJI KERETA RALI “HYUNDAI R5, TOYOTA YARIS WRC & TOYOTA GR YARIS RALLY1”