
ROYAL ALLOY LANCAR 125 S DAN 300 S. SENTUHAN RETRO BRITAIN
Royal Alloy melancarkan barisan skuter baharu dengan mendedahkan 125 S dan 300 S.
Skuter terbaharu itu ditawarkan dengan dua varian iaitu GP dan TG.
Model 125 S dan 300 S dibangunkan berdasarkan inspirasi daripada skuter era 1960-an didatangkan bersama sentuhan rekaan Britain.

Menariknya, skuter terbaharu itu menggunakan kepingan logam padu dalam membentuk badan jentera retro terbabit.
Ia sekali gus menyerlahkan sisi retro pada skuter berkenaan walaupun masih memadankan beberapa komponen plastik.

Skuter berkenaan mendapat khidmat enjin Piaggio empat lejang untuk memenuhi keperluan peraturan Euro 5.

Ciri-ciri standard bagi 125 S termasuk ABS Bosch, lampu utama LED dan port pengecas USB manakala TG 300 S pula, ia didatangkan kluster instrumen TFT.
Skuter terbaharu itu dilengkapi rim 12 inci dibaluti tayar 100/70 pada bahagian hadapan dan 120/70 di belakang. –rideapart