HYUNDAI BAKAL DEDAH TEKSI TERBANG ELEKTRIK PADA TAHUN 2028
Hyundai akan memperkenalkan teksi terbang elektrik tanpa pemandu dengan membawa penumpang pertama pada 2028.
Menurut laporan Daily Mail, pengeluar kenderaan Korea Selatan itu akan mengumumkan jenama baharu bagi projek tersebut.
Hyundai akan melancarkan syarikat baharu, Supernal yang beroperasi di Amerika Syarikat dan akan berusaha melancarkan perkhidmatan ride-hailing menggunakan kenderaan tersebut pada 2030.
Pada Jun lalu, pemilik firma automatif itu menjelaskan kereta terbang akan menjadi ‘sebahagian dari masa depan’ dan membantu mengurangkan kesesakan jalan.
Syarikat itu akan membangunkan kenderaan udara elektrik yang berkemungkinan berdasarkan konsep S-A1 Hyundai yang pertama kali didedahkan tahun lalu.
Kenderaan elektrik itu dikenali sebagai eVTOL yang bermaksud ia adalah kenderaan berkuasa elektrik yang mampu berlepas dan mendarat secara menegak, menyerupai Harrier Jump Jet yang digunakan oleh RAF dari 1969 hingga 2010.
S-A1 akan menjadi kenderaan 100 peratus elektrik menggunakan sistem kawalan teragih dan memerlukan kira-kira lima hingga tujuh minit untuk mengecas semula semasa waktu puncak.
Sumber elektrik menggerakkan pemutar dan kipas di sekeliling kerangka udara bagi meningkatkan keselamatan dengan mengurangkan sebarang titik kegagalan.
S-A1 juga mempunyai beberapa pemutar yang lebih kecil bagi mengurangkan bunyi berbanding helikopter.
Kenderaan itu boleh terbang sejauh 96 kilometer dengan 304 hingga 609 meter di udara serta mempunyai kelajuan sehingga 180 km/j. – UTUSAN
- BACA: HSDM TIDAK RANCANG TAWAR HYUNDAI STARIA 11 TEMPAT DUDUK KE PASARAN MALAYSIA
- BACA: HYUNDAI STARIA 2022 KINI DI MALAYSIA. MPV MEWAH 7 TEMPAT DUDUK, TURBO DIESEL CRDi, BERMULA RM358,888
- BACA: SEGALANYA TENTANG HYUNDAI KONA EV. BAKAL DILANCARKAN Q4 2021?
- BACA: HYUNDAI STARIA-LOAD. HANTAR BARANG DENGAN BERGAYA