Stail

ROBOCOP BERTUKAR KOSTUM

Judul: RoboCop

Genre: Drama, aksi pengembaraan, sains-fiksyen dan fantasi

Pengarah Jose Padilha

Pelakon:  Joel Kinnaman, Gary Oldman, Michael Keaton, Abbie Cornish dan Aimee Garcia

Bintang: **1/2 

hib-robocop11

Sebagai produksi untuk layar perak, RoboCop bukan sesuatu yang baru. Filem genre sains-fiksyen yang turut menggabungkan aura aksi pengembaraan dan fantasi ini diterbitkan pada tahun 1987.

Diarahkan oleh Paul Verhoen hasil nukilan skrip oleh Edward Neumeier dan Michael  Miner, karakter utama sebagai RoboCop dihidupkan oleh aktor berwibawa, Peter Weller. Tenaga lakonan filem itu dimantapkan lagi dengan barisan pelakon terdiri daripada Nancy Allen, Miguel Ferrer dan Ronny Cox.

Joel Kinnaman stars in Columbia Pictures' "Robocop."

Dihasilkan dengan bajet sebanyak AS$13 juta (RM42 juta) yang kemudiannya mengumpul kutipan pecah panggung mencecah AS$53 juta (RM177 juta), naskhah ini meraih pujian pengkritik filem di Hollywood sebagai antara filem terbaik pernah dihasilkan sepanjang tahun 1987.

Itu antara rekod RoboCop  yang perlu diatasi dan menjadi cabaran buat produksi RoboCop versi 2014 yang kali ini  menampilkan pelakon Joel Kinnaman untuk karakter RoboCop.

hib-roboCop3

Plot berkisar di Detroit pada tahun 2028 apabila Alex Murphy, seorang anggota polis berdedikasi yang juga merupakan seorang bapa  dan suami penyayang  mengalami kecederaan parah dalam salah satu tugasannya membenteras jenayah.

Apa yang dialami oleh Alex membuka peluang buat sebuah syarikat konglemerat, OmniCorp untuk memperkenalkan teknologi baharu – polis robot yang dinamakan sebagai RoboCop.

hib-robocop6

Masalah dihadapi RoboCop versi 2014 adalah ia pasti dibandingkan dengan ‘protaip’nya, RoboCop versi 1987 itu.

Apa yang jelas, naskhah versi 2014 telah diberi suntikan moden untuk ia muncul relevan dalam dunia masa kini. Namun, adakah ia mampu berdiri di atas kakinya sendiri  tanpa dibandingkan dengan RoboCop versi 1987?

hib-robocop12

Dari aspek lakonan sekurang-kurangnya, Gary Oldman yang merealisasikan karakter saintis di OmniCorp, Dr. Dennet Norton, Michael Keaton sebagai watak antagonis, CEO OmniCorp, Raymond Sellers dan tidak terkecuali, Joel Kinnaman ketika menghidupkan karakter Alex Murphy muncul dengan cukup menyakinkan.

Selebihnya, naskhah ini dipadatkan dengan  pelbagai aksi hasil garapan Jose Padilha, namun malangnya ia gagal menaikkan adrenalin.  Entah kenapa…

Joel Kinnaman stars in Columbia Pictures' "Robocop."

Apa yang jelas, RoboCop versi 1987 nyata ‘makan dalam’ dengan permainan falsafah yang mendorong kepada persoalan  etika yang timbul apabila nyawa manusia dihidupkan hasil janaan teknologi robot.

RoboCop versi 2014 sebaliknya kurang terasa dari segi dilema falsafah etika tersebut. Malah kewujudan RoboCop jelas terasa seperti sesuatu yang  tidak cerdik.

hib-roboCop8

Apa yang nyata naskhah ini hanya membenarkan perbandingan dibuat antara kostum RoboCop versi 2014 dengan versi 1987. Hanya perbandingan kostum. Itu sahaja.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button