SYM SPORT RIDER 125i – 125CC, SUNTIKAN BAHANAPI, RM5,450
SYM Malaysia melancarkan motorsikal 125 cc yang pertama dengan teknologi suntikan bahanapi, iaitu SYM Sports Rider 125i di Pulau Pinang. Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang melancarkan rekaan baru ini bagi menyediakan pengalaman “super extreme” kepada para penunggang.
Ia dijangka membawa satu lagi rangsanggan hebat kepada sekmen kapcai susulan kejayaan pelancaran beberapa model perdana yang popular termasuk SYM Sport Bonus 115 dan SYM E Bonus 110.
Dengan bentuk moden yang menarik, SYM Sport Rider 125i merangkumi beberapa elemen rekaan superbike termasuk rangka tiub seumpama naked bike di sisi, peredam dan fender yang sporty di belakang, bentuk unik dan aerodinamik bukan sahaja menarik perhatian malah menjamin prestasi.
SYM Sports Riders 125i dilengkapi dengan enjin SOHC dua valve yang menghasilkan 9.5 kuasa kuda pada 8,000 rpm dan 1.10kgf tork pada 5,500rpm dengan mematuhi piawai perlepasan Euro 3. Gabungan Teknologi Fuel Injection (EFI) terkini, enjinnya mempunyai kuasa pemecutan yang lebih tinggi di samping penggunaan minyak yang lebih jimat.
SYM Sports Riders 125i juga dilengkapi panel meter digital LCD untuk memudahkan seliaan data. Dengan berat 107kg, Sport Riders 125i dilengkapi dengan tangki minyak 4.2 liter di bawah tempat duduk.
Brek cakera hidraulik depan dan drum belakang digandingkan dengan roda aloi tempa. Lampu depan dan lampu isyarat LED memastikan motorsikal jelas kelihatan dari jarak jauh demi keselamatan penunggang. Tempat duduk penunggang dan pembonceng direka supaya berasingan. Ciri rekaan unik ini adalah yang pertama di Malaysia untuk menambah tahap keselesaan dan keselamatan kedua-dua pengguna. Terdapat juga ruangan simpanan yang luas di bawah tempat duduk untuk menyimpan barangan peribadi.
SYM turut memberi jaminan pengeluar selama 3 tahun atau 30,000 km, termasuk 1 tahun atau 10,000km jaminan enjin. SYM Sports Rider 125i dijual pada harga RM5,450 (tidak termasuk GST) iaitu harga paling mampu berdaya saing dalam pasaran motosikal 125cc . Terdapat tiga pilihan warna menarik iaitu merah, biru dan kuning dan mula diedarkan bermula September 2016.
Kami menjangkakan Sym akan perkenal model saingan Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya ada pesaing baru dalam segmen ni. Nak harapkan Modenas, memang tengah lena sangat tu tak sedar-sedar lagi.
Harap-harap juga SYM Malaysia boleh bawa masuk SYM Cafe Racer SB300 yang diperkenalkan di Taiwan awal tahun ini. Pasaran cafe racer sebenarnya agak bagus sebab tak banyak saingan.
*Apa pasal press release ni tak sedap langsung, diorang pakai google translate ke apa?