,
Peranti

TIPS PILIH KOMPUTER RIBA YANG BETUL UNTUK ANDA

Anda pasti pernah dengar kawan-kawan atau ahli keluarga merungut tentang komputer riba yang mereka beli tidak sesuai.

Komputer riba dilihat sudah menjadi salah satu peranti penting dalam hidup kita. Saiznya yang kompak, ringan dan versatil menjadikannya sangat sesuai untuk digunakan bagi tujuan kerja, menyiapkan tugasan di sekolah atau kolej, mahupun bermain.

Namun, timbul satu persoalan, bagaimanakah hendak membeli komputer riba yang sesuai dengan kita? Ini penting kerana sebaik sahaja sesebuah komputer riba dibeli, agak sukar untuk menukarnya. Kalau boleh jual semula pun, kita pasti akan rugi.

Jadi, dengan pilihan komputer riba yang cukup banyak di pasaran, ditambah pula daripada pelbagai jenama, tugas untuk memilih menjadi semakin sukar.

Jangan bimbang, saya akan senaraikan beberapa tips berguna bagaimana untuk memilih dan seterusnya membeli komputer riba yang terbaik untuk anda.

PERTAMA: BAJET   

Ini perkara penting yang perlu anda jelas terlebih dahulu. Tiada guna pergi ke kedai, tetapi masih belum pasti berapa banyak wang yang sanggup dihabiskan untuk membeli sebuah komputer riba.

Bajet juga membolehkan anda menjadi seorang pengguna yang bijak. Eh, kenapa pula?

Sebab, jika anda rajin membuat research sebelum membeli, bajet yang ada itu mungkin membolehkan anda mendapat komputer riba yang lebih berkuasa, tetapi lebih murah, mungkin berjenama berbeza, misalnya.

KEDUA: KEGUNAAN 

Anda perlu tahu beli komputer riba ini nak guna untuk apa. Adakah untuk tujuan kerja (ada banyak jenis kerja), sekadar menyiapkan tugasan sekolah atau bermain permainan video.

1. Menyunting video / Main games

Jika tugas anda ada kaitan dengan menyunting video, komputer permainan video yang dilengkapi kad grafik berkuasa tinggi adalah pilihan ideal. Sebagai contoh, Predator Triton 500 yang hanya seberat 2.1kg dan senipis 17.9mm.

Tugas menyunting video sememangnya memerlukan komputer riba yang pantas. Jangan bimbang kerana Predator Triton 500 dipasang dengan siri kad grafik NVIDIA® GeForce® RTX 20 overclockable terkini yang dipadankan bersama pemproses Intel® Core™.

Harga? Anda boleh memiliki sebuah Predator Triton 500 pada harga bermula RM6,399 (Intel® Core™ i5) hingga RM7,999 (Intel® Core™ i7).

Selepas penat menyunting video, boleh layan pula permainan video kegemaran anda. Dah kira dua dalam satu ni. Berbaloi sangat.

2. Menyiapkan tugasan pejabat

Tidak seperti 10 atau 15 tahun lalu, persekitaran kerja sekarang sudah banyak berubah. Pekerja tidak lagi terpaksa terperuk di dalam pejabat untuk menyiapkan kerja, sebaliknya mereka boleh berada di mana-mana sahaja.

Demi memenuhi keperluan mereka yang sentiasa bergerak, seseorang memerlukan sebuah komputer riba yang ringan, berkuasa dan mampu menawarkan hayat bateri yang lama.

Memang terdapat banyak sekali pilihan komputer sebegitu di pasaran. Namun, untuk memudahkan urusan membuat pilihan, apa kata kita lihat apa yang boleh ditawarkan oleh Acer Swift.

Baru-baru ini, Acer ada memperkenalkan Swift 7 yang tampil dengan rekaan yang cukup minimalis. Dengan berat hanya 890g, saiznya juga lebih kecil berbanding komputer riba lain yang bersaiz 14 inci. Acer Swift 7 dijual dari harga RM5,999.

Anda juga boleh memilih varian yang lebih murah iaitu Swift 5 dan Swift 3. Bersaiz 14 inci, Swift 5 2018 mampu bertahan sehingga 8 jam itu hanya seberat 970gram.

Swift 3 yang ultra nipis yang seberat hanya 1.35kg pula mampu menawarkan kuasa bateri sehingga 12 jam. Acer Swift 3 dan Swift 5 ditawarkan pada harga RM2,699 dan RM 3,399 seunit.

2. Tingkatkan produktiviti setiap hari

Jika siri Swift tidak mampu dimiliki, jangan bimbang kerana Acer ada menawarkan siri Aspire yang lebih mampu milik. Tetapi tidak berkompromi dari segi prestasi dan masih ringan.

Acer Aspire 5 terbaharu kini hadir dengan prestasi lebih baik untuk kegunaan harian menerusi kad grafik NVIDIA® GeForce® MX250 serta pemproses yang Intel® Core™ yang terbaru Generasi ke-10.

Bagi melengkapkan lagi pengalaman perkomputeran, Acer Aspire 5 didatangkan dengan DDR4 RAM 4GB dan PCIe NVMe SSD sehingga 512GB yang lebih pantas.

Aspire 5 hadir dengan Intel® Core™ i3 dijual pada harga bermula RM1,899 seunit dalam warna hitam (Obsidian Black), biru (Indigo Blue) dan merah (Rococo Red) boleh didapati mulai sekarang.

KETIGA: PERTIMBANGKAN SPESIFIKASI

Komponen yang ada pada sesebuah komputer riba seperti pemproses, cakera keras, RAM dan kad/chip grafik boleh mengelirukan ramai, walaupun mereka yang lebih berpengalaman.

CPU: Otak kepada komputer, pemproses memberi pengaruh besar ke atas aspek prestasi. Namun, ia tetap bergantung kepada apakah keperluan anda kerana komputer riba yang murah kadang-kala sudah cukup bagus.

CPU “Ice Lake” Generasi ke-10 mempunyai empat core, serta beberpa ciri-ciri berguna seperti sokongan Wi-Fi 6, integrasi Thunderbolt 3 dan AI yang lebih baik.

Lihat dengan teliti CPU yang ada angka 8 pada nombor modelnya (cth: Core™ i7-8250U) kerana ini ialah siri Intel Core™ Generasi ke-8 dan menjanjikan prestasi lebih baik. Paling biasa model yang berakhir dengan huruf U (cth: Core™ i5-7200U). Terdapat juga siri chips Core i7 Y yang mempunyai kuasa dan prestasi lebih rendah.

  • Intel® Core™ i9:  prestasi lebih laju berbanding mana-mana pemproses lain. Boleh didapati pada computer riba, desktop premium, ia hanya berbaloi dibeli jika anda sentiasa mengguanakan program atau aplikasi yang memerlukan kelajuan tinggi.
  • Intel® Core™ i7: Model-model dengan numbor yang berakhir dengan HQ atau K menggunakan watt lebih tinggi dan memiliki empat core. Ia menawarkan produktiviti dan bermain permainan video yang lebih laju.
  • Intel® Core™ i5: Jika anda sedang mencari komputer riba yang memiliki kombinasi harga dan prestasi ideal, dapatkan peranti yang menggunakan CPU Intel® Core™ i5.
  • Intel® Core™ i3: Prestasi dan harga lebih rendah berbanding Core i5. Jika anda ada bajet untuk membeli Core i5, pilih itu sahaja. 
  • AMD Ryzen Mobile: Chip baharu yang dibangunkan untuk bersaing dengan Intel® Core™ i5 dan i7.  
  • Intel® Core™ m, Core™ i5 / i7 Y Series: Menggunakan kuasa rendah dan tidak panas, membolehkan pemproses ini untuk tidak memerlukan kipas.

RAM: Komputer riba berharga rendah biasanya didatangkan dengan RAM 4GB sahaja. Tetapi, lebih ideal jika anda mendapatkan RAM sekurang-kurangnya 8GB atau 16GB.

Bagi kebanyakan pengguna RAM 32GB sudah lebih daripada mencukupi. Manakala RAM 64GB ke atas sesuai untuk pengguna tegar.

Hard Drive: Harus ingat bahawa prestasi pemasu storan adalah lebih penting berbanding kelajuan CPU. Jika anda ada bajet dan tidak memerlukan ruang storan dalaman yang terlalu banyak, dapatkan computer riba dengan solid state drive (SSD) kerana ia tiga kali lebih pantas.

Paparan skrin: Lebih tinggi jumlah piksel, lebih cantik visual yang dipamerkan. Kalau boleh, dapatkan panel berspesifikasi 1920 x 1080 yang juga dikenali sebagai Full HD atau 1080. Ada juga varian lebih mewah yang tampil dengan skrin 2560 x 1600, 3200 x 1800 atau 3840 x 2160 (4K).

Skrin Sentuh: Tidak banyak computer riba yang menawarkan ciri skrin sentuh. Secara asasnya, ia bergantung kepada kecenderungan seseorang pengguna. Harus tahu juga bahaw askrin sentuh mungkin menyebabkan hayat bateri menjadi 1 hingga 3 jam lebih singkat.

Kad Grafik: Jika anda tidak bermain permainan video, menghasilkan objek 3D atau menyunting video beresolusi tinggi, chip grafik bersepadu yang berkongsi dengan sistem memori sudah memadai.

Tetapi jika anda perlu melakukan tugasan di atas, pemproses grafik daripada AMD atau NVIDIA® adalah penting. Sama seperti CPU, kad grafik ini didatangkan dalam varian tinggi dan rendah. 

Tags
Google ads
Back to top button