
WMOTO XTREME 150i MASUK PASARAN NEGARA. RM9,588 SEUNIT
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. melancarkan skuter terbaharu Wmoto Xtreme 150i dalam merancakkan pasaran motosikal tempatan.
Skuter terbaharu yang mendapat penarafan lima bintang menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP) itu dijual pada harga jualan asas bermula RM 9,588.00 dengan menawarkan dua pilihan warna iaitu kelabu dan merah.
Skuter itu menampilkan rekaan lasak bersesuaian dengan konsep EXTREME dan dilengkapi lampu diod LED serta lampu utama nyalaan siang (DRL).

Dengan dimensi panjang 1,925mm, lebar 760mm dan tinggi 1,290mm serta jarak roda 1,320mm, skuter Wmoto Xtreme 150i memberi tunggangan lebih selesa dan stabil.
Ruang simpanan di bawah tempat duduk adalah cukup luas dilengkapi dua port pengecas iaitu USB dan soket berkuasa 12V.

Selain itu, ia hadir dengan visor angin boleh laras dalam julat 5 cm mengikut ketinggian dan kesesuaian penunggang.
Wmoto Xtreme 150i mendapat khidmat enjin silinder tunggal 4-lejang SOHC 149.3cc dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa kuasa 12.1hp @ 8,500rpm dan tork 11.8Nm @ 5,000rpm dipadankan transmisi CVT.
Ia turut dilengkapi ciri teknologi Mula-Henti untuk memastikan penggunaan bahan api kekal efisien selain mengurangkan emisi karbon.

Kedua-dua tayar didatangkan brek cakera tunggal yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan dan belakang.
Sistem suspensi pula adalah adalah jenis fork terbalik ( Up Side Down) di bahagian hadapan manakala monoshock boleh laras di bahagian belakang.

Skuter seberat 143kg dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 11 liter.
Setiap pembelian Wmoto Xtreme 150i, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara online.
- BACA: MFORCE PERKENAL SM SPORT 110R DENGAN WARNA DAN GRAFIK BAHARU. RM4,018 SEUNIT
- BACA: MFORCE BIKE PERKENAL SYM JET X 150 DAN WMOTO XTREME 150i. HARGA RM8K HINGGA RM10K
- BACA: MFORCE LANCARKAN JENAMA WMOTO DAN MODEL PERTAMA – CUB CLASSIC 110
- BACA: SYM JET X 150 RASMI DILANCARKAN. 2 VARIAN. BERMULA RM8,888