Motosikal

YAMAHA R25 KINI DENGAN WARNA PERAK & BIRU MATT BAHARU. HARGA SAMA, RM19,988 SEUNIT

Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan bahawa model street paling laris di Malaysia, Yamaha YZF-R25 kini tampil dengan warna baharu.

Warna baharu itu ialah perak dan biru matt. Ia akan menggantikan warna merah matt dan hitam/biru metalik yang pernah ditawarkan sebelum ini.

R25 masih menggunakan khidmat enjin dua selinder selari DOHC berkuasa 35hp dan tork 22.6Nm pada 10,000rpm.

Motosikal itu sudahpun berada di semua pengedar Yamaha bermula 17 Februari.

Harga pun tidak berubah iaitu RM19,988 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan nombor plat).  

Tahun lalu, HLYM ada menawarkan model facelift R25 yang dilengkapi dengan beberapa bentuk penambahan seperti lampu utama LED, panel instrumen LCD multi fungsi dan banyak lagi.

GALERI

Google ads
Back to top button