
YAMAHA YZF-R15M DAPAT WARNA BAHARU – RM14,998
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan pilihan warna baharu bagi motosikal Yamaha YZF-R15M keluaran 2025 dengan harga jualan cadangan RM14,998 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Menurut HLYM, warna Signature Black ini menawarkan gabungan beberapa warna termasuk tangki berwarna perak, fairing depan berwarna hitam dengan garisan biru dan fairing bawah berwarna perak.
Bagi mewujudkan kontras, bahagian rim aluminium pula hadir dengan warna biru dan dipadankan bersama fork USD berwarna emas.

Selain warna, R15M ini masih mengekalkan kelengkapan dan ciri sama termasuk enjin satu silinder 155cc VVA SOHC yang berupaya menjana 19hp pada 10,000rpm dan 14.7Nm pada 7,500rpm. Model 2025 ini juga kekal menawarkan quickshifter (up sahaja), klac assist dan slipper, traction control, ABS dwi-saluran dan panel meter digital LCD.
Perincian lain ditawarkan termasuk:
- fork USD depan
- monoshock belakang
- brek cakera 282mmm depan
- brek cakera 220mm belakang
- tangki bahan api 11L
- berat 140kg