Motosikal

PAKAI HELMET DENGAN PELITUP MUKA BOLEH BUAT ANDA PENGSAN – DOKTOR

Kita kini sudah memulakan normal kehidupan yang baru. Apabila berada di tempat ramai orang, pelitup muka mesti dipakai demi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus COVID-19. 

Memandangkan masih tiada petanda wabak itu akan hilang sepenuhnya dalam masa terdekat, jadi setiap individu perlu mengambil langkah proaktif untuk melindungi diri. 

Namun, adakah kita perlu memakai pelitup muka ketika menunggang motosikal? Seorang doktor memberi pencerahan tentang persoalan tersebut. Menurut Dr. Tommy Lim, penunggang motosikal perlu berhat-hati jika hendak memakai pelitup muka bersama topi keledar muka penuh. 

Sebabnya, material pelitup muka yang berfungsi menapis partikel halus daripada masuk ke saluran pernafasan boleh menyebabkan penunggang mengambil oksigen yang sangat sedikit. Akibatnya, mereka boleh pengsan atau pitam. 

Apatah lagi ketika menunggang, adrenalin akan mula bergerak di dalam badan penunggang. Seterusnya meningkatkan kadar degupan jantung dan pengambilan oksigen.

Dalam keadaan ini, pelitup muka akan menghalang penunggang daripada menghirup oksigen secukupnya dan boleh menyebabkan mereka pitam. 

“Kondisi ini boleh jadi sangat berbahaya terutama ketika anda menunggang laju dan adrenalin dalam badan mula diaktifkan.

“Ini akan menyebabkan akan bernafas dengan lebih pantas dan pelitup muka menghadkan pernafasan anda. Kemudian, otak juga menerima kesan kerana kurang oksigen dan anda akan pengsan,” kata Lim. 

Kondisi ini diburukkan lagi dengan cuaca yang panas. Jadi, pastikan anda tidak memakai pelitup muka ketika memakai topi keledar muka penuh. – kredit foto: Bike Bandit

Tags
Google ads
Back to top button