Motosikal

BENELLI TNT135SE 2020. WARNA HIJAU TERANG, 2 VARIAN, BERMULA RM8,190

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce Bike) hari ini memperkenalkan warna terbaru untuk Benelli TNT135SE.

Warna hijau terang (striking green) itu hadir dengan dua variasi berbeza untuk nampak lebih menarik dan bergaya.

Benelli TNT135SE sememangnya sebuah motosikal yang memiliki reka bentuk cukup menarik. Saiznya kecil sahaja, tetapi tampil dengan pelbagai ciri seperti motosikal besar.

Berketinggian 1,025mm dan panjang 1,750mm membuatkannya  tidak jauh berbeza dengan kapcai yang lain.

Jentera tersebut dilengkapi enjin empat lejang dengan sistem pancitan bahan api berkapasiti 135cc yang mematuhi piawaian emisi EURO 4. Enjin itu mampu menghasilkan 13hp pada 9,000 rpm.

Benelli TNT135 mengekalkan tangki berkapasiti 7.2 liter. Sekali gus menjadikannya  antara motosikal yang mempunyai tangki minyak besar berbanding kapcai. Saiz dan reka bentuk yang aerodinamik pula membantu memudahkan penunggang menunggang di kawasan sempit.

Ia menggunakan suspensi jenis terbalik bersaiz 41mm yang turut dipasang pada model Benelli dengan enjin lebih besar. Pemilik Benelli TNT135 bertuah kerana motosikal itu hadir dengan butang dan panel meter yang lengkap. Manakala lampu hadapan LED cukup terang.

Versi baharu itu kini dilengkapi sistem brek cakera bersaiz 220mm bersama angkup dua piston di hadapan dan 190mm dengan angkup satu piston di belakang untuk meningkatkan tahap keselamatan ketika menunggang.

Benelli TNT135SE ditawarkan menerusi edisi biasa dan khas. Edisi biasa dijual pada harga RM8,190. Sementara Edisi Khas yang dipasang dengan aksesori berharga RM10,088 seunit (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Mazda CX30

Versi terbaharu ini akan mula memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat dan boleh didapati di semua pengedar Benelli di seluruh negara.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button