Buletin

MASERATI LANCAR JENTERA SUPER SPORT MC20 CIELO

Maserati mendedahkan jentera super sport terbaharu MC20 Cielo yang menawarkan gabungan kemewahan dan sport kepada peminat automotif.

MC20 Cielo membawa maksud tersendiri iaitu MC yang merupakan Maserati Corse ataupun perlumbaan (Racing).

Nombor 20 pula merujuk kepada tahun 2020 permulaan era baharu jenama terbabit.

Cielo adalah langit dalam Bahasa Itali sekali gus menggambarkan model terbaharu itu dikhaskan untuk pemanduan menyeronokkan sambil mengekalkan prerogatif coupe.

Jentera itu dibangunkan di makmal Inovasi Maserati dan dihasilkan di kilang bersejarah Viale Ciro Menotti.

Ia bermakna jentera spyder itu merupakan 100 peratus buatan Itali sama seperti versi coupe.

MC20 Cielo menampilkan rekaan elegan dengan casis gentian karbon sama seperti konfigurasi model coupe, spyder dan versi elektrik masa hadapan.

Versi pelancaran jentera baharu itu mendapat sentuhan warna tiga lapisan metalik dikenali sebagai Acquamarina yang boleh didapati melalui program kustom Maserati Fuoriserie.

Model terbaharu itu didatangkan tingkap elektrokromik (kaca pintar) yang boleh diubah daripada penglihatan jelas kepada opaque dengan sentuhan butang pada skrin tengah.

Ia menggunakan teknologi Polymer-Dispersed Liquid Crystal (PDLC).

Selain itu, jentera super sport berkenaan hadir dengan bumbung terbaik dalam kelasnya dari segi penebat haba dan kelajuan pembukaan serta penutupan yang mengambil masa 12 saat.

Dengan teknologi terkini tersebut, MC20 Cielo berupaya memberi pengalaman baharu kepada pelanggan.

MC20 Cielo direka untuk kesempurnaan turut menampilkan pintu rama-rama (butterfly doors) yang menawarkan akses lebih mudah memasuki dan keluar dari kabin.

Jentera terbaharu itu mendapat khidmat enjin V6 Nettuno revolusioner yang mampu menjana kuasa 630 hp @ 7,500 rpm dan tork 730 Nm @3,000 rpm.

Ciri-ciri menarik lain termasuk pilihan sistem audio Premium Sonus dipadankan 12 pembesar suara, sistem pelarasan stereng elektrik dibaluti Alcantara, Maserati Inttelligent Assistant (MIA) dan rim aloi baharu.

Dari segi keselamatan pula, ia didatangkan Sistem Keselamatan Aktif termasuk sensor parkir, kamera belakang, brek kecemasan autonomi, pemantauan titik buta dan kamera 360 darjah.

Maserati masih belum mendedahkan harga MC20 Cielo. – carscoops

Google ads
Back to top button