Motosikal

DUCATI CATAT PEROLEHAN RM3.4 BILION TAHUN 2019. PANIGALE & MULTISTRADA PALING LARIS

Ducati menutup tirai tahun 2019 dengan positif apabila mencatatkan jualan sebanyak 53,183 unit berbanding 53,004 unit pada tahun sebelumnya di seluruh dunia.

Angka itu membolehkan Ducati mengekalkan jualan lebih 50,000 unit untuk lima tahun berturut-turut. Ia juga menunjukkan pertumbuhan positif 1.4 peratus dalam pasaran motosikal 500cc ke atas di peringkat global.    

Ducati mencatat perolehan sebanyak €716 juta (RM3.4 bilion), bersama pertumbuhan 2.4 peratus dengan keuntungan operasi berjumlah €52 (RM247 juta).

Keputusan memberangsangkan itu turut disumbang oleh perolehan sebanyak €13,500 (RM64,000) bagi setiap unit motosikal yang menjadikannya sebagai nilai paling tinggi pernah dicatat dalam sejarah Ducati.

Panigale dan Multistrada menjadi penumbang terbesar kepada angka tersebut. Panigale merupakan model paling laris dalam segmen sports bike untuk dua tahun berturut-turut dengan perkongsian pasaran 25 peratus.

Penambahan varian 950 S dan 1260 Enduro facelift ke dalam keluarga Multistrada berjaya mencatatkan nilai tertinggi jentera itu yang mula memasuki pasaran pada tahun 2003.  

Ducati Motor Holding kini mempunyai 1,655 orang kakitangan dengan 720 pengedar dan servis di 90 buah negara.

Google ads
Back to top button