Motosikal

DUCATI CEMERLANG DI ARAGON. CATAT KEDUDUKAN 2-3

Perlumbaan MotoGP yang baru berakhir sebentar tadi menjadi medan kebangkitan semula jentera Ducati.

Ducati yang sebelum ini dibayangi oleh keampuhan jentera Honda dan Yamaha membuktikan ia masih mampu memberi saingan sengit apabila mencatat kedudukan kedua dan ketiga di Aragon.

Andrea Dovizioso dari pasukan factory Ducati berjaya memintas Maverick Vinales (Monster Yamaha) ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan untuk merampas kedudukan kedua.

“Saya tidak bermula dengan baik. Tetapi mula mendapat rentak dan menunggang lebih laju selepas membiasakan diri dengan tayar.

“Walaupun agak struggle sewaktu sesi ujian masa, namun saya dapat menamatkan perlumbaan di tempat kedua,” kata Dovizioso yang memulakan perlumbaan di grid keempat.

Miller, Czech MotoGP race 2019

Nasib Vinales semakin malang apabila dipintas pula oleh seorang lagi penunggang pasukan Pramac Ducati, Jack Miller ketika perlumbaan hampir tamat.

Miller dilihat bijak menutup peluang Vinales untuk memintasnya dan mengekalkan pecutan hingga ke garis penamat.

Masalah cengkaman tayar membuatkan Vinales terpaksa berpuas hati untuk sekadar berada di tempat keempat.

Melalui kemenangan ini, Ducati berjaya mengumpul sebanyak 25 mata untuk berada di tempat kedua dalam kategori pengeluar dengan 221 mata.

Honda masih mengekalkan dominasi dengan 281 mata. Sementara Suzuki di kedudukan ketiga dengan 215 mata.

Google ads
Back to top button