
GEMPAR! BRAD BINDER GANTI ZARCO. ROOKIE IKER LECUONA BAKAL BERGANDINGAN DENGAN OLIVEIRA DI KTM TECH3
KTM mengesahkan bahawa ia telah menukar barisan pelumba pasukan MotoGp apabila meletakkan Brad Binder ke pasukan factory bagi menggantikan tempat Johann Zarco.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat oleh KTM ketika semua maklum bahawa Binder sudahpun menandatangani kontrak sebagai pelumba pasukan KTM Tech3 bagi menggantikan Hafizh Syahrin untuk musim 2020.
Malah, ramai juga yang tertanya-tanya kenapa bukan pelumba KTM Tech3, Miguel Oliveira yang dipilih untuk menjadi rakan sepasukan Pol Espargaro. Sumber memberitahu Oliveira mahu kekal di KTM Tech3.

Jadi, siapa yang akan menggantikan tempat Binder dalam pasukan KTM Tech3? KTM nampaknya telah memilih seorang lagi rookie, Iker Lecuona untuk bergandingan dengan Oliveira.
Kemasukan Binder juga bermakna pelumba gantian pasukan KTM factory sekarang iaitu Mika Kallio berkemungkinan besar akan kembali ke tugas sebelumnya sebagai pelumba ujian.
Kallio yang baru sahaja menyarung sut pelumba KTM factory nampaknya masih mencari rentak dan belum berpeluang menunjukkan keupayaan sebenar.
KTM perlu membuat perubahan besar apabila Zarco mengumumkan mahu menarik diri sebagai pelumba pasukan factory KTM.
“Selepas berbincang, kami membuat keputusan ini dan beri peluang kepada pelumba muda berpengalaman dalam kelas lain MotoGP menunjukkan keupayaan mereka.

“Brad ialah pelumba yang menggunakan jentera KTM sejak dahulu. Kami yakin dia boleh bekerjasama dengan baik bersama pasukan Red Bull KTM.
“Kami juga yakin Herve Poncharal mampu mencungkil bakat seorang lagi pelumba rookie, Lecuona seperti yang dilakukannya ke atas Miguel pada musim ini,” kata Pengarah KTM Motorsport, Pit Beirer.
Poncharal nyata teruja melihat prospek gandingan Binder-Oliveira dan gembira dengan ketibaan Lecuona. Pelumba yang baru berusia 19 tahun itu berjaya menaiki podium dengan pasukan satelit KTM.
“Saya memang gembira untuk bekerja dengan pelumba rookie yang muda dan berbakat seperti Iker. Kami telah melihat pendekatan sama telah diambil oleh paukan dan mereka Berjaya,” kata Poncharal.