Motosikal

HONDA LABUR RM6.8 JUTA BINA SAFETY RIDING PARKS

A.P Honda, pemegang hak jenama motosikal Honda di Thailand telah memulakan pembinaan pusat latihan menunggang motosikal, Honda Safety Riding Parks di Chiang Mai dan Phuket.

Honda-Safety-Riding-Parks-Chiang-Mai-Phuket-mekanika  (4)

Ia bakal menjadi kemudahan menunggang motosikal di jalan biasa dan off-road yang paling canggih di Asia Tenggara. Pembinaan itu dijangka dapat mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya menerusi bimbingan kemahiran serta penerapan budaya tunggangan selamat.

Sebagai peneraju utama dalam industri motosikal di Thailand, A.P Honda menyedari pentingnya faktor keselamatan. Ini bukanlah projek pertama. Malah sejak tahun 1989 lagi, A.P Honda telah menjalankan Projek Keselamatan Honda.

Projek itu fokus kepada tiga aspek utama antaranya memberi pengetahuan dan kemahiran menunggang. Di samping meningkatkan kesedaran melalui kempen seperti kemalangan sifar dan mengadakan kerjasama dengan organisasi lain untuk mengurangkan kadar kemalangan.

Honda-Safety-Riding-Parks-Chiang-Mai-Phuket-mekanika  (3)

Apa yang lebih penting, ia bermatlamat membawa Thailand sebagai peneraju budaya tunggangan selamat dengan piawai yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat Thailand.

Pada tahun 1994, A.P. Honda telah membuka pusat tunggangan pertamanya di Samut Prakan dan di Bangkok pada tahun 2009. Kedua-duanya menawarkan kursus tunggangan berbeza.

A.P Honda juga bekerjasama dengan pengedar tempatan dengan pelancaran 10 pusat tunggangan di seluruh negara. Ia juga disokong oleh Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi yang juga menambah 12 lagi pusat tunggangan di seluruh negara.

 Honda-Safety-Riding-Parks-Chiang-Mai-Phuket-mekanika  (2)

Sebenarnya, trend menunggang motosikal di Thailand telah berubah sejak dekad yang lalu. Motosikal berubah daripada alat pengangkutan kepada aktiviti gaya hidup. Justeru, A.P Honda tidak teragak-agak melabur 600 juta Baht (RM6.8 juta) untuk memastikannya berjalan seiring. Penunggang perlu didedahkan dengan kemahiran yang betul.

Honda Safety Riding Parks telah direka dengan trek on-road dan off-road. Bertempat di daerah Doi Saket, Chiang Mai  ia mempunyai jarak sejauh 600 meter laluan off-road. Satu lagi trek terletak di Phuket, di daerah Thalang dengan jarak lurus jalan bertar sejauh 300 meter.

Bukan itu sahaja, bangunan yang dibina dalam kawasan ini juga mesra alam dan kurang menggunakan pendingin hawa. Bilik latihan dipasang dengan dinding kaca untuk memudahkan peserta melihat trek ketika sesi pembelajaran teori.

Kursus baru yang direka khusus untuk Honda Safety Riding Park dibahagikan kepada dua format. Kursus Tunggangan Mahir yang merangkumi selekoh, jalan lurus dan gymkhana. Manakala kursus off-road pula terbahagi kepada off-road untuk kanak-kanak, amatur, asas dan profesional.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.hondasafetyridingpark.com.

Google ads
Back to top button