Motosikal

INI BUKAN FILEM TAMIL TAPI BENAR-BENAR KEJADIAN

Pihak polis yang menunda motosikal bersama penunggangnya di Nanapeth,Pune, India menjadi viral baru-baru ini.

Gelagat berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sehingga pihak berkuasa mengeluarkan penjelasan.

Polis trafik menjelaskan bahawa lelaki itu naik ke motosikalnya selepas pihak berkuasa mula mengeluarkan kenderaan itu dari zon larangan letak kenderaan.

Deputi Komisioner Polis (Trafik) Rahul Shrirame berkata, kejadian itu berlaku di kawasan Nanapeth, Pune.

Selepas seorang polis cawangan trafik bersama petugas kontrak mengangkat motosikal menggunakan takal yang dipasang pada van penarik.

“Motosikal itu hampir diangkat ketika penunggang berkenaan datang dan naik ke atasnya untuk menghentikan tindakan itu walaupun dia dihalang polis.

“Selepas dia tidak mengendahkannya, motosikal itu ditunda di atas van bersama penunggangnya sekali,” kata Shrirame.

Katanya, lelaki itu kemudiannya memohon maaf dan membayar denda, manakala tindakan turut diambil ke atas petugas kontrak dan anggota polis terbabit. – HM

Google ads
Back to top button