Modifikasi

JANGAN TERTIPU, INI BUKAN FERRARI 250 GTO – TAPI DATSUN 280Z!

Sekarang, kemahiran mekanik atau pembina kereta bertambah bagus. Ditambah dengan pelbagai teknologi terbaru, menghasilkan sebuah replika tidaklah sesukar dahulu.

Situasi itu juga membuatkan muncul banyak scammer di luar. Antara contohnya ialah Ferrari 250 GTO yang anda lihat ini. Sekali pandang, memang susah hendak tahu bahawa ia bukan Ferrari sebenar.

Ditawarkan pada acara Orlando Classic Cars di Florida, Amerika Syarikat baru-baru ini, kereta ini sebenarnya sebuah Datsun 280Z buatan tahun 1978.

Melihat kepada kualiti buatannya, sesiapa yang tidak mempunyai pengetahuan luas dalam Ferrari klasik memang mudah sahaja ditipu.

Lampu hadapannya nampak sama, itu belum lagi jika dilihat pada tiga corong pengambilan udara yang terletak di atas gril. Pada bahagian sisi pula, ada pelekat Cavallino, cermin di fender dan garis bumbung yang nampak begitu original.    

Walaupun pemilik kereta ini menghabiskan banyak masa dan wang untuk mencantikkan bahagian luaran, kabinnya tidaklah menarik. Apa yang ada cuma meter-meter tambahan, stereng dan beberapa logo Ferrari.

Tiada harga dinyatakan untuk replika ini, tapi pastinya jauh lebih murah daripada sebuah Ferrari klasik.
kredit foto: carforsale.com

Google ads
Back to top button