Artikel Pilihan

KREATIVITI AKAN MEMBOLEHKAN ANDA MENIKMATI KESERONOKAN TANPA PERLU BERBELANJA LEBIH

Kreativiti seseorang memang berbeza-beza. Ada yang kreatif dalam masakan, perniagaan, rekacipta dan macam-macam. Kreativiti jarang dapat dipupuk di sekolah ataupun melalui pendidikan formal tetapi ia lebih kebebasan berfikir seseorang.

Jangan ingat semakin besar kedudukan seseorang semakin kreatif otak mereka. Kadang-kadang otak orang muda jauh lebih kreatif daripada mereka yang lebih veteran. Buktinya ialah sekumpulan anak muda Vietnam yang berjaya menghasilkan pelbagai jenis supercar dan pelbagai kenderaan lain dengan hanya menggunakan kepingan kadbod.

Pengeluar-pengeluar kenderaan sentiasa berusaha untuk mencari material yang paling ringan dan kukuh untuk kenderaan keluaran mereka dan antara yang menjadi pilihan ialah aluminium, serat karbin, titanium, magnesium dan macam-macam lagi cuma mereka lupa satu lagi material yang mudah diperolehi dan murah: kadbod.

Tahan ke tak bukan perkara pokok tetapi mereka berjaya membuktikan keupayaan mereka dan pada masa yang sama menikmati keseronokan bersama-sama.

Saluran Youtube Vietnam NHET TV mungkin baru setahun jagung tetapi mereka mempunyai pengikut melebihi 350,000 orang. Pada peringkat awal mereka banyak menghasilkan video prank dan troll tetapi kini berubah kepada menghasilkan kenderaan ultra-murah menggunakan kadbod yang berjaya menarik perhatian ramai penonton.

Pada peringkat awal meang buatan mereka agak kasar tetapi ia kemudiannya semakin bertambah baik. Kerangka besi basikal dikimpal sebagai casis lengkap dengan pedal kayuhan yang kemudiannya dipadankan dengan badan yang dperbuat daripada kadbod. Menariknya ia dihasilkan hampir menyamai saiz sebenar model asal walaupun rupa setengahnya memang tak semengah. Ala buat main-main apa salahnya.

Ia juga lengkap dengan sistem stereng dan mampu bergerak di atas jalan raya. Bergerak di sini bukannya bermaksud mampu mencapai kelajuan 300 km/j.

Antara model-model yang berjaya dihasilkan ialah Lamborghini Aventador SVJ, La Ferrari, Bugatti Chiron, BMW S1000RR, Yamaha YZF R6 dan macam-macam lagi.

Semua individu dalam video ini masih di peringkat belia dan mereka kelihatan punyalah seronok dan jauh lagi kreatif daripada budak-budak TikTok yang tergedik-gedik macam ulat beluncas jatuh dalam tong pelincir kitar semula.

Cuma satu je nak bagitahu, jangan tanya pasal pecutan 0-100 km/j okey. Tak akan berlaku punya. Eh, tapi SVJ tu ada enjin dan gear undur tau.

Google ads
Back to top button