
MALAYSIA AUTOSHOW 2019: HONDA CBR650R – RM45,499 SEUNIT
Boon Siew Honda semalam melancarkan model sport terbaharunya, Honda CBR650R ke pasaran tempatan.
Jentera itu boleh dilihat secara dekat pada acara Malaysia Auto Show 2019 yang bermula 11 hingga 14 April 2019 di MAEPS, Serdang.

“Pada tahun 2018, Boon Siew Honda telah berjaya melancarkan 7 unit motosikal berkuasa tinggi ke pasaran Malaysia. Kami amat gembira kerana mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada para pengguna.
“Kini, kami ingin memenuhi permintaan daripada pasaran segmen pertengahan pula. Oleh sebab itulah kami melancarkan CBR650R & CB650R pada hari ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda.

Enjin 5% lebih berkuasa
Garis-garis tajam, agresif dan fairing sisi CBR650R 2019 sememangnya diinspirasikan daripada model CBR1000RR Fireblade dengan bahagian belakang yang pendek dan lampu LED berkembar nipis.
CBR650R adalah 6kg lebih ringan berbanding CBR650F (model gantian). Ia menawarkan posisi tunggangan yang lebih sporty, di mana bar hendal diposisikan 30mm ke hadapan.
Manakala perehat kaki dialihkan sedikit ke belakang dan kedudukan yang lebih tinggi.

Enjin empat silinder sebaris menawarkan rev 1,000rpm lebih tinggi,. Sekali gus mampu menjana 5% lagi kuasa dengan output maksimum 70kW yang pada putaran enjin 12,000rpm.
Ia kemudian dipadankan bersama chasis yang unggul dan kemas, sesuai dengan nama ‘R’ yang dibawanya itu.
CBR650R hadir dengan spesikasi canggih: 41mm SHOWA upside-down ‘Separate Function’ forks, angkup brek hadapan empat omboh dengan pemasangan radial, kawalan cengkaman melalui Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Assist/Slipper Clutch untuk penukaran gear yang lebih lancar.

Bukan itu sahaja, CBR650R dilengkapi pelbagai ciri yang praktikal seperti lampu LED penuh serta paparan instrument LCD.
Ia kini mempunyai paparan Posisi Gear, indikator Shift Up dan isyarat berhenti kecemasan bagi tujuan keselamatan.
Honda CBR650R akan hadir dalam dua pilihan warna iaitu merah (Grand Prix Red) dan hitam (Gunpowder Black Metallic).
- BACA: HONDA UMUM PENGELUARAN 300 JUTA UNIT MOTOSIKAL
- BACA: HONDA LANCAR CB150R STREETSTER KE PASARAN THAILAND – RM12,844 SEUNIT
- BACA: HONDA CBR150R 2019 FACELIFT TIBA DI THAILAND – HARGA BERMULA RM11,820
- BACA:4 REGULASI BARU BANTU HONDA RS150R MENANG CUBPRIX 2019
GALERI