Motosikal

MODENAS PERKENAL E-KAD KEAHLIAN BAHARU. BANYAK FAEDAH MENANTI ANDA

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), hari ini memperkenalkan e-kad keahlian baharu MODENAS yang direka khusus untuk memberikan lebih tawaran, faedah serta memenuhi keperluan gaya hidup para pelanggan hari ini.

Antara faedah-faedah yang bakal dinikmati oleh setiap ahli baharu ialah:

  • E-baucar pembelian alat ganti tulen sehingga RM15 yang boleh ditebus di eShop MODENAS.
  • Diskaun pembelian alat ganti tulen sehingga 15% di setiap Pusat Servis milik MODENAS.
  • E-baucar bernilai RM10 jika anda berjaya membawa rakan anda mendaftar sebagai ahli baharu, Kelab Keahlian MODENAS yang boleh ditebus di eShop MODENAS.
  • Diskaun e-baucar khas pada hari kelahiran.
  • Percuma bantuan tundaan 24 jam untuk kerosakan di jalan raya dalam lingkungan 100km radius pergi balik dari pusat wakil servis MODENAS berdekatan (sehingga 4 kali bantuan/setahun).

Caj sebanyak RM60 yang akan dikenakan untuk pendaftaran ahli baharu. Manakala, caj untuk pembaharuan keahlian pula adalah RM40 setahun.

Bagi 80 ahli yang terawal memperbaharui keahlian, mereka berpeluang untuk mendapatkan baucar ais krim Baskin Robbins bernilai RM34. Sementara 225 pembaharuan seterusnya akan mendapati baucar Single Jr.Scoop bernilai RM8.

“Kami sentiasa peka dan prihatin terhadap pelanggan. Dengan adanya program keahlian ini, serta tawaran menarik yang diberikan, kami meletakkan sasaran seramai 1,000 ahli baharu dalam suku kedua tahun ini. Dengan peningkatan jualan motosikal MODENAS yang semakin rancak di pasaran. 

“Dengan rakan kongsi bahar, KAWASAKI, tidak mustahil bagi untuk mencapai sasaran ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan.

Ahli sedia ada kini boleh memperbaharui atau memohon e-kad mereka dengan kandungan format baharu yang lebih mudah berbanding kad lama di mana-mana Pusat Servis MODENAS seluruh negara atau daftar secara atas talian di laman sesawang www.modenas.my 

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Talian Careline MODENAS di 1-800-880-181 atau WhatsApp kami di 019-570 8135.

Google ads
Back to top button