Modifikasi

DATSUN SSS 510 LEGEND!

  1. Datsun Skyline KPGC10 ‘Hakosuka’
  2. Toyota 2000GT
  3. Datsun Fairlady Z S30
  4. Datsun Skyline Kenmeri KPGC110
  5. Honda S800m
  6. Toyota Sport S800
  7. Datsun Bluebird 510 GHT 2 Door
  8. Subaru 360DX
  9. Isuzu Bellet 1600GTR
  10. Datsun Skyline DR30 

Datsun-SSS-510-Mekanika (1)

Di atas ialah senarai kereta klasik Jepun paling popular yang dikeluarkan oleh Nostalgic Hero, sebuah majalah kereta otai yang berpengaruh di Jepun. Sudah beberapa siri senarai dikeluarkan dan Hakosuka masih di tangga teratas. Secara teorinya, kedudukan 5 teratas tak pernah berubah tapi saya hairan juga mana perginya Mazda?

Walaupun SSS sedan tidak ada dalam senarai, model 510 dua pintu berada di tangga ke-7. Memang bangga sangatlah kalau ada kereta ini. Model dua pintu saya tidak pernah jumpa di dunia realiti, tapi versi empat pintu banyak.

Datsun-SSS-510-Mekanika (11)

Banyak maksudnya masa kecil dulu ramai orang beli. Tetapi kalau nak dibandingkan dunia sekarang jangan buat main, kereta ini antara kereta otai paling mencabar nak dibuat balik.

Banyak orang yang saya jumpa beli 510, kemudian tak sempat siap. Sama ada jual semula atau tak siap sampai sudah. Secara teorinya, untuk menyiapkan sebuah 510, anda perlu korbankan paling tidak sebuah 510 lain. Serius, kereta ini bukan boleh siap sebulan!

Datsun-SSS-510-Mekanika (6)

Sebab itulah nak jumpa kereta ini dalam keadaan tip-top macam AE86 memang sangat susah. Brader yang saya jumpa ini namanya Achik, orang kuat kelab 510 dan Oldskul.

Cerita nak buat kereta ni juga punyalah panjang, makan masa bertahun dan mencabar. Walaupun nampak macam dah siap, sebenarnya 510 ini masih dalam proses pembikinan.

Datsun-SSS-510-Mekanika (12)

Kisahnya bermula beberapa tahun lepas. Achik mendapat berita gembira apabila seorang kawannya di Utara berjaya mengekori sebuah 510 yang cantik di daerah Tapah, Perak.

Siap dapat nombor telefon lagi. Nak dijadikan cerita, keesokan harinya, dia pun buat seperti biasa yang kakitangan awam dan swasta lakukan iaitu mengambil MC konon-konon nak tampal gigi. Sebaik subuh, berdesup Achik joki pergi Tapah berbekalkan alamat yang Google dan guna GPS. Alih-alih boleh sampai depan pintu rumah empunya 510 ini.

Datsun-SSS-510-Mekanika (16)

Kelihatan seorang pakcik sedang membelek kayu golf ala-ala Tiger Wood sambil merenung Achik yang pagi-pagi hari lagi dah terpacak depan rumah. Mungkin dia ingat penyamun atau Along yang nak simbah cat merah kat pintu rumah dia. Achik  disambut baik, selepas bagi salam berborak dan bergurau bagai, soalan pertama pun keluar.

“Pakcik Alias tak nak ke jual kereta Datsun ni?” dengan susun atur ayat yang paling lembut macam arboq.  

Datsun-SSS-510-Mekanika (14)

Pakcik Alias macam tahu-tahu saja niat murni brader ni datang jauh-jauh. Takkan nak cerita pasal pilihan raya ye dak? Terkebil-kebil juga Pakcik Alias buat-buat kontrol hensem nak jual kereta.

“Enam ribu ko nak beli?” jawab Pakcik Alias dengan nada terang, jelas dan dengan harapan tak kena tekan lagi.

Datsun-SSS-510-Mekanika (15)

Pucuk dicita ulam mendatang, Achik renung dari jauh kereta ni. Dah tak banyak kerja sebenarnya. Badan tegap, ada power steering, alarm dan power window lagi. Aksesori tak kisah sangat sebab seorang kawan ada banyak barang 510.

Walaupun hati dah memberontak rasa macam nak campak duit terus ke kain pelikat pakcik tu, Achik masih lagi kontrol kacak. Ayat punya ayat punya ayat punya ayat, akhirnya 510 bertukar tangan dengan note RM50 sebanyak 100 keping. Deal!

Datsun-SSS-510-Mekanika (17)

Sebulan kemudian, Achik telefon kawan dia tanya pasal rim SSR mesh yang dia  jumpa di Gombak. Masa tengah sibuk belek rim tu, boleh pulak kawan baiknya bagi ayat penamat. “Achik, kalau ko tak nak rim ni aku nak ambik!”

Tanpa menunggu nasi menjadi bubur, Achik terus beli dan sarung tayar. Rim ini offset dan saiznya memang cun-cun. 15×7 depan dan 15×8 belakang. Dah ada gaya 510! Tayar yang dipasang ialah Bridgestone My01.

Datsun-SSS-510-Mekanika (13)

Empat bulan berikutnya adalah misi mencari aksesori asal. Siapa kata cari barang 510 susah? Memang susah! Daripada mudah.my kepada ebay, kepada forum hingga ke Thailand dan seluruh dunia. Sikit demi sedikit dikumpulkan, termasuklah cermin sisi tanduk original yang mahal tak ingat itu, kalau boleh dapat.

Sampailah masa nak hantar kereta ni pergi buat balik bodynya. Dia punya makan masa jangan tanya. Siap boleh frust tak dapat join OMG kat PD tahun lepas. Lepas tu buat wiring pulak, kereta tersengguk-sengguk serupa tak ada wiring dengan rasa tak cukup minyak bagai.

Datsun-SSS-510-Mekanika (2)

Achik beralih ke bahagian lain. Apabila dana dah cukup, kereta ini dihantar cat dengan warna Honda Jazz. Suspensi digantikan dengan jenis boleh laras daripada S14 yang lengkap dengan pilowball mount. Lower arm hadapan digantikan dengan 910 Bluebird.

Enjin L16 dengan karburetor ni sekarang tengah tunggu Weber, sebab nampaknya kronik sungguh penyakit semput-semput yang dihidapinya.

Datsun-SSS-510-Mekanika (19)

Kisah nak buat 510 memang boleh buatkan orang yang minat kereta ni tarik handbrake. Selepas Hakosuka, kereta ini  berada dalam senarai ikonik dan eksotik.

Apabila eksotik maknanya terpaksa keluarkan duit besar untuk dapatkan barang-barangnya. Itupun kalau boleh dapat. Pada tahun 2014, barang kereta ni macam nak cari jarum dalam jerami. Pada yang memang ada kereta ni, siap-siap simpan saja lah. 20 tahun lagi kita tengok berapa dia punya harga!!!
[hr]GALERI 

Datsun-SSS-510-Mekanika (3)Datsun-SSS-510-Mekanika (4)Datsun-SSS-510-Mekanika (8)Datsun-SSS-510-Mekanika (9)Datsun-SSS-510-Mekanika (20)Datsun-SSS-510-Mekanika (21)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button