Modifikasi

PROTON PERDANA MURAH, TAPI PARTS EVO PULAK MAHAL

Saya rasa Malaysia memang bertuah, sebab walaupun dalam keadaan ekonomi tak menentu, pusat membeli-belah masih lagi meriah.

Proton-Perdana-Evo-3-mekanika (13)

Downtown masa malam minggu orang macam semut hurung gula. Entah apa yang dicari pun tak tau. Ramai semacam. Saya pergi downtown sebab nak urut kaki saja.  Paling maju pun beli remote Astro.

Balik ke kancah modifikasi kereta pun makin tak kurang nampaknya. Asal awal bulan sahaja, anda boleh tengok bengkel penuh dengan kereta. Bengkel modifikasi pun kalau cara bisnesnya betul memang akan terus meriah.

Proton-Perdana-Evo-3-mekanika (10)

Sebenarnya kalau ikut kata pomen, repair kereta lagi senang daripada modifikasi dan untungnya solid. Tapi kebanyakan bengkel modifikasi tokey dia sendiri pun jenis kaki lari juga. Nak tak nak bila pelanggan datang, corak bisnes pun kenalah sama.

Kereta-kereta Proton mungkin tersenarai antara yang buat bengkel sebegini hidup. Cuba kira berapa kerat sangat bengkel yang specialist Honda? Toyota? Nissan? Tapi Mitsubishi mana-mana pomen hampir pasti boleh pegang. Apabila sebut Mitsubishi,  walaupun harga half-cutnya kini dah tahap mencarut, pengikutnya masih ramai.

Proton-Perdana-Evo-3-mekanika (14)

Ambil contoh Proton Perdana. Kereta ini murah, walaupun untuk model V6 yang dahulunya berharga lebih RM100,000. Sekarang nak beli RM10,000 pun boleh dapat. Itulah kelebihan kereta ini. Tapi setakat itu sahaja lah yang murah. Cuba tanya half-cut Evo sekarang berapa?

Untung main Perdana sebab tak perlu susah payah kawtim sana sini nak endorse enjin. Body 2,000cc dengan convert 4G63 tak ada ubah apa atas geran kecuali nombor enjin. Senang dan tak memeningkan kepala. Nak masuk enjin juga tak susah mana, direct bolt on dan semua perkakasan asal Evo boleh pakai balik (kecuali papan pemuka dan aksesori).

Proton-Perdana-Evo-3-mekanika (2)

Enjin empat silinder turbo 4G63 walaupun cukup power, tapi apabila masuk dalam casis Perdana adalah lebih afdal kalau diubah suai. Ambik contoh brader Yusof ni. Projek Perdana dia bermula dengan enjin 4G63 VR4. Enjin itu disarungkan dengan blok Evo.

Enjin dibina semula dengan memasang BC Conrod yang diikat dengan ACL Bearing. Crankshaft asal diringankan semula, sementara pistonnya bersaiz 86mm daripada Wiseco. Blok dicantumkan dengan kepala selinder siap port dan polish. Hi-cam daripada HKS 272 dan diikat dengan bolt ARP.

Proton-Perdana-Evo-3-mekanika (9)

Punca boost utamanya diganti dengan turbin Garret GT35 jenis ball bearing. Alat ganti  bolt-on pula terdiri daripada intercooler Greddy, wastegate Tial 44mm, penapis udara HKS dan intake Super90. Fuel rail itu daripada SARD dengan tambahan pancitan luar 350cc.

Pendek kata, enjin ni dibina ‘by book’ mengikut tatacara yang betul. Akhir sekali ialah ECU Haltech yang dibantu oleh pelaras boost controller Greddy Profec B.

Proton-Perdana-Evo-3-mekanika (7)

Kuasa enjin dihantar ke roda depan menerusi kotak gear manual lima kelajuan Evo 3. Ia diperkuatkan dengan pelapik klac 4 puck Exedy yang jarang-jarang orang Kuala Lumpur nak bawa kereta setiap hari dalam jam, boleh melantun kaki kiri.

Resepi terakhir pada kotak gear ialah final drive yang dibuat custom untuk ‘memanjangkan’ overdrive kereta ni. Sebenarnya, kalau kereta dah sampai 400-500hp, lima gear memang tak cukup.

Proton-Perdana-Evo-3-mekanika (11)

Ingat pasal kelebihan Perdana yang lebih berat berbanding casis Wira dan Satria? Ya. Bila guna adjustable, linkage multilink banyak membantu proses imbangan semula keras-lembut kereta ini.

Contohnya kalau guna adjustable TEIN hi-low soft hard, tahap keselesaan masih boleh dikompromi. Sementara di selekoh masih boleh pegang stereng dengan yakin. Brek asal Evo 3 dengan pad Endless juga boleh diharap berhenti tepat pada masanya.

Proton-Perdana-Evo-3-mekanika (5)

Bahagian kokpit nampak kemas dengan kemasukan sepasang kerusi Recaro Evo 6. Kategori kerusi separa bucket yang cukup sesuai untuk 2 dunia, keluarga dan racing. Meter tambahan yang dipasang termasuklah Defi BF Advance, papan pemuka Eterna dan stering Momo. Head unit yang nampak unik tu datang dari Nissan Grand Livina dan pembesar suara Carrozeria.

Bahagian luar digarap dengan kit badan Perdana Alfa, spoiler Asti pada bonet belakang dan sebuah spoiler yang rata-rata orang guna bukan nak sangat tengok bulan dan mentari. Tetapi nak nampak sporty bila kaca tu dijongketkan. Memang garang kalau kereta warna cerah.

Proton-Perdana-Evo-3-mekanika (8)

Sekarang pun ada jenis jual sunroof dummy plastik tampal atas bumbung, bebal betul. Nampak siapa pakai lalu depan gua memang gua terajang. Apa ke benak sangat?

Google ads
Back to top button