PEMILIK WMOTO RT3 TERKEJUT ORANG MFORCE DATANG RUMAH BAIKI SKUTER. SERVIS TERBAIK…
Untuk mereka yang masih ragu-ragu nak beli motosikal daripada Mforce, ini pengalaman sebenar daripada seorang pemilik WMOTO RT3, Moses.
Kredit: FB RT3 – Komuniti WMOTO RT3 Malaysia
Assalamualaikum dan selamat pagi semua warga RT3. Seperti sedia maklum, skuter RT3 saya ada masalah O2 sensor selepas balik dari Terengganu Bike Week beberapa minggu lalu yang pernah saya ceritakan di hantaran yang lepas.
Masalah ini telah dibantu oleh Abang Malik di Kemasik, Terengganu. Skuter saya elok kembali buat masa itu.
Saya hubungi Mforce pada 29 Jun yang lalu dan diwakili oleh Tuan Sham untuk menceritakan masalah yang saya hadapi sebagai early report jika berlaku sekali lagi. Tuan Sham kata dia akan ke Kuantan pada 5 dan 6 Julai (semalam dan hari ini).
Minggu lepas, saya dan isteri tersadai kali kedua di Tol Chenor ketika dalam perjalanan ke Art Of Speed. Dan telah cuba dibaikpulih namun tidak berjaya. RPM tak turun, timing tinggi, usik sensor pun tak jadi apa dan lampu enjin menyala.
Jadi saya dan isteri berpatah balik ke rumah untuk ambil kereta dan teruskan perjalanan ke Serdang. The reason saya ride juga skuter pada hari itu kerana saya yakin dengan cara solusi yang diajar Abang Malik, namun tidak dapat diperbaiki dengan sekadar ketatkan soket sensor. Ia perlu ditukar. Ini bukan lagi masalah tidak ketat, tapi masalah soket itu sendiri.
Esoknya pada 4 Jun 2022, saya laporkan kembali masalah yang sama. Tuan Sham ketika itu berada di Terengganu dan kami bersetuju untuk bertemu pada 6 Julai, jam 3 petang di salah satu dealer sah Mforce di Kuantan.
Saya dah putuskan 6 Julai (hari ini) saya akan time off (atau lebih popular disebut half day oleh orang ramai) bagi tujuan urusan penghantaran skuter kesayangan ke wakil pengedar sah mereka. Tuan Sham bersetuju. Habis cerita untuk hari itu.
Pagi tadi, jam 6.50 pagi dapat text dari Tuan Hisham. Beliau bertanya jika dia dan team boleh datang terus ke rumah untuk buat checking skuter atau tidak. Saya terkejut dan serba salah sebenarnya. Yelah, mana ada wakil pengeluar datang rumah check motor kan?
Dorang tu Mforce, jual dan servis motor. Bukan Coway yang nak datang rumah ke rumah ni. Kata Tuan Sham, beliau rasa seeloknya mereka datang ke rumah terus dan tak perlu susah-susah saya nak time off, nak bawa motor semput-semput pergi dealer dan lain-lain hal yang akan menyusahkan saya sendiri.
Saya dapat rasa beliau ikhlas nak bantu memudahkan saya sebenarnya walaupun saya rasa serba salah. Saya share location dan beliau tiba 20 minit selepas itu.
Beliau dan team buat checking skuter saya, memang terdapat beberapa masalah seperti yang saya alami termasuk cone bearing yang dah pecah. Patutlah saya rasa seperti menunggang RXZ lock handle. Aje giler nak bawak anak gajah ni dengan handle yang ketat? Mana maunyee…
Berbelas model motosikal telah saya tunggang, ini skuter pertama Mforce yang saya beli dengan rasa was-was pada awalnya. Bimbangkan sparepart, sekali sekala bimbangkan aftersale services. Tapi saya beli juga sebab ketika itu arwah kanda Aerdy kerap follow up pengguna RT3 dalam group ini. Beliau buat saya rasa selamat dan dihargai. Al fatihah untuk arwah kanda Aerdy.
Selama saya tunggang motosikal jenama lain, bukan tak ada masalah pada model-model sebelum ini cuma biasanya saya tak dilayan atau kalau dilayan pun saya kena sendiri datang untuk tuntutan. Tapi pagi ni, jujur saya cakap, saya terharu.
Wakil Mforce datang rumah untuk checking dan ambil skuter saya selepas disahkan memang bermasalah. Yang datang rumah ni biasanya posmen hantar surat atau barang Shopee atau pun abang bil air yang datang ambil bacaan meter paip.
Hari ini orang Mforce sendiri datang rumah. Mungkin kebetulan mereka ada di Kuantan, tapi mana ada jenama lain nak datang rumah. Paling tidak pun jumpa dekat bengkel atau dealer punya kedai je.
Sebelum ini banyak saya dengar pujian dari rakan-rakan RT3 yang lain berkenaan layanan Mforce terhadap mereka baik dalam talian, mahu pun di pusat servis. Tak keterlaluan saya nak katakan, Mforce sangat prihatin kepada penggunanya.
Jadi marilah kita gunakan hashtag #mforceprihatin dalam setiap posting kita sebagai tanda sokongan kita terhadap syarikat pengeluar skuter kita ini. Boleh kata kerap kita baca masalah skuter ini, tapi tak apa. Kita beralah dan bertolak ansur. Mereka yang bertanggungjawab dalam tugas harian mereka telah buat hati saya lembut dan terharu.