Modifikasi

SAYALAH TYPE-R YANG KURANG DIKENALI. NAMA SAYA BEEGO DC2-R

Bila sebut pasal Type-R, fikiran kita mesti tertumpu kepada model-model Civic yang makan tahun dimewahkan dengan varian tertinggi ini.

Barisan kurang popular macam Integra pula, seperti dibawang-putihkan dan terus tenggelam tanpa sebarang model gantian yang setara.  

BACA: KING  300HP TYPE-R DARI KODIANG

Kerana itu, tidak heranlah kenapa Integra terus kekal sebagai model underrated di sini. Yang betul varian Type-R pun sama, sedangkan ia cukup popular di kalangan kaki import di negara Uncle Trump.

 

Tapi bagus juga, tak ada lah barangnya mencanak mencekik leher. Kalau pandai cari, lampu harga dua ratus pun boleh dapat lagi. Civic ada ker?

Beego antara pemilik Integra DC2 yang cukup yakin tentang potensi model ini. Dari segi rupa, ia datang dalam bentuk sport coupe, yang tentunya lebih menjolok mata berbanding model hatchback dan sedan kebanyakan.

Kalau ada yang perasan, falsafah rekaannya hampir menyerupai Silvia, mengikut trend yang wujud ketika itu. Gila cakap tak cantik!

BACA: INTEGRA DC2 KESUKAAN AMERIKA!

Dari sebuah model asas, enjin B18C GSR yang digunakan telah dinaik taraf dengan segala macam komponen prestasi. Blok B20B, piston 85mm, set camshaft Jun, termasuk ratio gear yang melantun-lantun.

Tapi lepas 4 tahun digasak, datang pulak penyakit gatal menyebabkan enjin tersebut dijual pada harga yang sangat munasabah.

Pilihan baru merupakan enjin siri K20A dari casis Integra DC5R. Ni baru betul punya Type-R.

Berbanding enjin lama, kebanyakan komponen pada enjin ini masih lagi kekal standard. Biasalah benda baru siap. Cuba jenguk lagi 2-3 bulan, mesti “bertoda-toda” bunyinya.

Tapi nak kata tak ada langsung pun tidak juga. Ada beberapa komponen jenis bolt-on yang boleh dikesan.

Antaranya penggunaan cagak enjin Hasport, penapis udara Blitz dengan ram udara kustom, radiator aloi Blox, juga plet penyejuk Beatrush.

Paling penting, keseluruhan harness dan sistem penghawa dingin telah disorok sepenuhnya, sekaligus membentuk ruang lebih kemas dan teratur.

Bekalan bahan api dibawa oleh pam Walbro 255, sambil dibantu unit regulator Sard. Bagi mengejutkan geng kutu yang acah-acah laju, sistem ekzosnya wajib diperangkan  menerusi binaan manifold ekzos kustom ala Toda, paip tengah 2.5-inci serta sebuah muffler dari Pro Racer.

Kotak gear manual 6-kelajuan yang datang bersama enjin menerima final drive 5.1 dari Civic FD2R, termasuk set klac dari model yang sama.

Sesuai dengan imejnya sebagai sebuah model coupe, persembahan luaran perlu dibuat macam laju. Mesti ada lip depan Spoon Sport, hood karbon Swift Sport, fender Crow House, cermin sisi karbon Craft Square serta spoiler GT Cusco.

Ada juga corong udara karbon Password JDM, gril depan karbon, skirt sisi dan belakang Modulo, serta lampu depan HID 98 Spec.

Paling rare, lampu belakang USDM Albino yang datang dengan lensa putih sepenuhnya. Kalau kat Amarika pun diorang gaduh nak pakai benda ni, apa lagi kat sini…

Sistem gantungan menerima bantuan set penyerap hentak boleh laras ZerOne SSR550, termasuk set bush jenis teflon dari Hardrace.

Kuasa hentian pula menggunakan brek dan knuckle 5-lug Integra DC2R, sebelum digandingkan dengan cakera jenis slotted.

Bagi mengisi ruang rodanya, tayar giget Toyo Proxes T1R telah dipilih untuk dibalut pada rim Marquis Promada bersaiz 17-inci. Rare nih!

Ruang dalam dibiar ringkas tapi kemas. Hampir kesemua panel penting telah disalin semula menggunakan komponen lebih gelap dari Integra DC2R.

Begitu juga dengan sepasang Recaro SR3 kaler merah yang ditempatkan di barisan depan. Kemudian, ada stereng Momo Monte Carlo dengan butang hon Spoon Sports, meter utama USDM dari AC Autotechnic, juga meter suhu dan tekanan minyak Defi yang ditanam pada perumah meter utama.

Untuk nota kaki, Beego ingin merakamkan penghargaan dan  ucapan terima kasih kepada MTC Performance dan Malaysia Honda Integra Club (MHIC), atas bantuan yang diberikan dalam proses naik taraf kereta ini. Syabas anak muda!

-PAK MAUN-

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”134″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button