Motosikal

SUPERNAKED TERKECIL

Kawasaki Thailand melancarkan model Z125. Iaitu model supernaked versi kecil. Bukan satu tetapi dua model diperkenalkan iaitu Z125 dan Z125 Pro.

16_BR125GH_A_09

Berada dalam siri keluarga Z, model  Z125 dan Z125 Pro dilengkapi oleh enjin SOHC 125cc, satu silinder, penyejukan udara. Enjin tersebut mampu menghasilkan tenaga maksimum 9.5PS.

Penghantaran kuasa lancar ke roda dibantu dengan transmisi automatik 4-kelajuan bagi Z125. Manakala versi  Z125 Pro dilengkapi klac tangan 4-kelajuan.

kawasaki-z125-mekanika (5)

Dimensi Z125 ialah 1,700mm panjang, 7,400mm (lebar) dan 1,005mm (tinggi). Meski kecil, tangki bahan bakarnya agak besar iaitu 7.4 liter.

Dari segi rekaan, model tersebut memiliki banyak persamaan dengan versi Z lebih besar. Tetapi Z125 didatangkan dengan identiti tersendiri. Lampu depan lebih tajam, lampu belakang berbentuk huruf ‘Z’ dan ekzos yang sedikit besar.

kawasaki-z125-mekanika (8)

Pada bahagian roda pula dipadankan dengan rim bersaiz 12 inci. Kawasaki memilih saiz tayar 100/90 di depan dan 120/70 di belakang.

Daya brek meyakinkan dibantu oleh cakera tunggal berukuran 200mm di depan dan 184mm di belakang.

kawasaki-z125-mekanika (3)

Kawasaki menawarkan tiga warna menarik iaitu hijau-hitam, kelabu-perak dan hitam-oren. Harga jualan model tersebut di Thailand bermula 74,990 baht.

Kehadiran Kawasaki Z125 memberikan tawaran menarik kepada pemilik untuk mengharungi trafik bandar yang sentiasa padat.

kawasaki-z125-mekanika (1)

Mungkinkah kehadirannya akan menggantikan KSR110. Masih tidak diketahui. Harapnya Kawasaki Malaysia ada perancangan untuk membawa masuk model ini ke pasaran tempatan.

Untuk melihat aksi mendebarkan model tersebut, tonton video di pautan ini: https://youtu.be/Y6UOvcH4468

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button